Sukan Malaysia 2000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Malaysia VIII
Bandar tuan rumahBatu Kawan, Pulau Pinang
Penyertaan pasukan19
Penyertaan atlet5208
Sukan29
Acara332
Upacara pembukaan25 Mei
Upacara penutupan3 Jun
Pembukaan dirasmikan olehTun Tan Sri Datuk Dr. Haji Hamdan Tahir
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Stadium utamaStadium Negeri Pulau Pinang

Sukan Malaysia 2000, juga dikenali sebagai Sukan Malaysia VIII merupakan satu temasya yang telah diadakan di Pulau Pinang pada 25 Mei hingga 4 Jun 2000. Temasya ini merupakan edisi kelapan Sukan Malaysia. Sebanyak 5208 atlet dari 19 kontinjen menyertai temasya ini.[1]

Temasya ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Tan Sri Datuk Dr. Haji Hamdan Tahir di Stadium Negeri pada 27 Mei 2000.[2]

Sukan yang dipertandingkan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 332 acara dipertandingkan dalam temasya ini melibatkan 29 jenis sukan.[3]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 19 kontinjen menyertai temasya ini.[1]

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Pulau Pinang)

Sukan Malaysia 2000[4]
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Selangor 53 56 54 163
2  Sarawak 49 55 56 160
3  Perak Darul Ridzuan 46 37 40 123
4  Pulau Pinang 34 26 36 96
5  Kuala Lumpur 33 32 30 95
6  Pahang Darul Makmur 27 26 35 88
7  Johor 20 17 31 68
8  Kedah 17 15 21 53
9  Sabah 12 11 18 41
10  Negeri Sembilan 12 10 13 35
11  Kelantan 8 12 15 35
12  Melaka 7 10 14 31
13  Terengganu 6 4 8 18
14  Perlis 4 5 5 14
15 Malaysia MASUM 3 3 2 8
16 Malaysia MSSM 1 1 3 5
17  Brunei 0 1 3 4
Polis Diraja Malaysia 0 1 3 4
19  Labuan 0 0 0 0
Jumlah 332 322 387 1041

Olahragawan dan olahragawati[sunting | sunting sumber]

Gelaran Nama Kontinjen Sukan
Olahragawan Allen Ong  Perak Darul Ridzuan Renang
Olahragawati Sia Wai Yen  Kuala Lumpur Renang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Penyertaan Atlet SUKMA 1986-2000". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2003. Dicapai pada 11 September 2022.
  2. ^ "Laman Web Rasmi SUKMA VII 2000". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2000. Dicapai pada 9 Oktober 2022.
  3. ^ "Sukan Malaysia (SUKMA)". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2017. Dicapai pada 11 September 2022.
  4. ^ "Pungutan Pingat SUKMA 1986-2002". Majlis Sukan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-09-02.
Didahului oleh
Selangor
Sukan Malaysia
Pulau Pinang

Sukan Malaysia VIII (2000)
Diikuti oleh:
Sabah