Sukan Malaysia 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sukan Malaysia XVIII
Bandar tuan rumahSarawak
Cogan kataPerpaduan dalam Kepelbagaian
Penyertaan atlet5670
Acara382 dalam 24 sukan
Upacara pembukaan23 Julai
Upacara penutup31 Julai
Dirasmikan olehAbdul Taib Mahmud
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Stadium UtamaStadium Sarawak
Laman SesawangSukan Malaysia 2016
2013 Kuala Lumpur/2014 Perlis 2018 Perak  >

Sukan Malaysia 2016, secara rasminya dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-18 merupakan sebuah acara beraneka sukan yang diadakan di Sarawak dari 23 hingga 31 Julai 2016.

Bandar tuan rumah[sunting | sunting sumber]

Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia 2016

Sarawak terpilih untuk menganjurkan temasya Sukan Malaysia pada tahun 2013 di sebuah mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan yang dipengerusikan oleh Khairy Jamaluddin. Ia pernah menganjurkan Sukan Malaysia 1990 dan muncul sebagai juara keseluruhan.[1]

Pembangunan dan persiapan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa penganjuran Sukan Malaysia Sarawak telah ditubuhkan untuk memantau pementasan temasya sukan.

Tempat[sunting | sunting sumber]

Pihak penganjur Sukan Malaysia 2016 menggunakan campuran tempat baru dan yang sedia ada. Kebanyakan tempat merupakan kemudahan sukan awam yang sedia ada manakala tempat yang lain merupakan tempat yang baru dibina.[2][3][4] Ada kerja pengubahsuaian telah dilakukan di tempat yang berusia lebih daripada satu dekad. Mereka kembali digunakan orang awam selepas temasya sukan. Ada tempat-tempat yang telah digunakan untuk menganjurkan acara beraneka sukan seperti temasya Sukan Malaysia 1990.

Sukan Malaysia ke-18 mempunyai 24 tempat: 17 di Kuching, 3 di Samarahan, 2 masing -masing di Miri dan Sibu.

Bahagian Tempat Pertandingan Sukan
Kuching Stadium Sarawak Upacara pembukaan dan penutupan, Olahraga
Stadium Negeri Sarawak Bola sepak
Padang D Bola sepak
Stadium Perpaduan Petra Jaya Taekwondo, Gimnastik (Artistik)
Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan Gimnastik (Berirama), Tinju
Stadium Boling Padang Sarawak Boling padang
Stadium Hoki Sarawak Hoki (Lelaki)
Padang Hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Paku Hoki (Wanita)
Bukit Siol Kuching, Politeknik Matang, Pusat Pentadbiran Persekutuan Lumba basikal
Persatuan Tenis Padang Sarawak Tenis
Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 3 Wushu
Stadium Akuatik Sarawak Akuatik
Gelanggang Skuasy Sarawak Skuasy
Pusat Boling Emart Megalanes, Batu Kawa Boling
Pusat Petanque Sarawak Petanque
Pusat Menembak Sarawak Menembak
Kelab Golf Sarawak Golf
Samarahan Universiti Malaysia Sarawak Memanah, Bola Sepak
Stadium tertutup Kota Samarahan Pencak silat
Universiti Teknologi MARA Angkat Berat
Miri Stadium Bandar Miri Karate, Sepak takraw
Marina Bay Miri Lumba perahu layar
Sibu Stadium Persatuan Bola Tampar Prudential Sibu[5] Bola tampar
Stadium Tertutup Sibu Badminton

Sukarelawan[sunting | sunting sumber]

Pihak penganjur menjangka bahawa kira-kira 4,000 sukarelawan antara 18 dan 60 diperlukan untuk menjayakan penganjuran temasya.[6]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Cogan kata temasya Sukan Malaysia 2016 ialah "Perpaduan dalam kepelbagaian". Ia melambangkan perpaduan atlet dari 14 negeri Malaysia dan Brunei, pegawai-pegawai teknikal, kakitangan sokongan dan sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza.

[sunting | sunting sumber]

Logo temasya Sukan Malaysia 2016 merupakan imej sebuah Burung kenyalang, burung negeri Sarawak. Burung kenyalang pada logo yang merupakan simbol Sarawak dan Warna bendera Sarawak, merah, kuning dan hitam, mewakili Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia. Unsur matahari logo mewakili kepantasan dan kecerdasan olahragawan, manakala huruf besar ‘S’ dan U mewakili Sukan Malaysia.[7]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2016 ialah sepasang burung kenyalang yang masing-masing bernama Satria (lelaki) dan Satrina (perempuan), yang direka oleh Amir Hassan Mohd Shah. Dikatakan Sarawak dikenali oleh kebanyakan orang sebagai "Bumi Kenyalang" atau "Land of the Hornbills" dalam Bahasa Inggeris dengan burung kenyalang dianggap sebagai simbol negeri. Pengambilan burung kenyalang sebagai maskot temasya adalah untuk mewakili Sarawak sebagai negeri tuan rumah temasya tersebut.[8]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu tema Sukan Malaysia 2016 ialah Berpadu Menyahut Cabaran.

Temasya sukan[sunting | sunting sumber]

Negeri peserta[sunting | sunting sumber]

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Takwim[sunting | sunting sumber]

OC Upacara pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Julai 19
Sel
20
Rab
21
Kha
22
Jum
23
Sab
24
Aha
25
Isn
26
Sel
27
Rab
28
Kha
29
Jum
30
Sab
31
Aha
Acara
Upacara OC CC
Memanah 8 8 2 2 2 2 24
Olahraga 6 14 12 13 45
Badminton 2 5 7
Boling 2 2 1 2 2 2 11
Tinju 9 9
Lumba basikal 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 20
Terjun 2 3 2 2 1 10
Bola sepak 1 1
Golf 4 4
Gimnastik 1 4 2 2 10 19
Hoki 2 2
Karate 5 5 6 16
Boling padang 4 4 8
Pencak silat 8 18 26
Petanque 2 2 4 3 11
Lumba perahu layar 12 12
Sepak takraw 2 4 6
Menembak 4 6 6 6 4 26
Skuasy 4 3 7
Renang 8 8 7 8 7 38
Taekwondo 3 6 6 4 19
Tenis 2 2 3 7
Bola tampar 2 2
Angkat berat 4 4 4 4 4 4 4 4 32
Wushu 6 8 6 20
Acara pingat harian 8 14 18 10 18 37 47 35 42 46 63 44 0 382
Jumlah terkumpul 8 22 40 50 68 105 152 187 229 275 338 382 382
Julai 19
Sel
20
Rab
21
Kha
22
Jum
23
Sab
24
Aha
25
Isn
26
Sel
27
Rab
28
Kha
29
Jum
30
Sab
31
Aha
Jumlah acara

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

[9]

Petunjuk

  *   Negeri tuan rumah (Sarawak)

Jadual pingat Sukan Malaysia 2016
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Selangor (SEL) 59 73 64 196
2  Sarawak (SAR)* 57 43 59 159
3  Terengganu (TER) 47 42 44 133
4  Wilayah Persekutuan (WIL) 40 44 42 126
5  Pahang (PAH) 30 25 21 76
6  Pulau Pinang (PEN) 26 12 29 67
7  Sabah (SAB) 25 37 37 99
8  Johor (JOH) 19 25 31 75
9  Negeri Sembilan (NSE) 19 12 30 61
10  Melaka (MEL) 18 11 28 57
11  Kedah (KED) 14 10 23 47
12  Perak (PRK) 12 26 34 72
13  Kelantan (KEL) 10 12 13 35
14  Perlis (PER) 9 7 15 31
15  Brunei (BRU) 0 1 3 4
Jumlah (15 Negeri) 385 380 473 1238

Sukan Paralimpiad Malaysia[sunting | sunting sumber]

Petunjuk

  *   Negeri tuan rumah (Sarawak)

Jadual pingat Sukan Paralimpiad Malaysia 2016
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Sarawak (SAR)* 84 63 73 220
2  Johor (JOH) 35 25 15 75
3  Terengganu (TER) 30 24 19 73
4  Sabah (SAB) 25 23 26 74
5  Pulau Pinang (PEN) 23 10 19 52
6  Perlis (PER) 22 6 8 36
7  Wilayah Persekutuan (WIL) 19 31 31 81
8  Kedah (KED) 16 19 13 48
9  Selangor (SEL) 16 15 17 48
10  Kelantan (KEL) 15 12 14 41
11  Melaka (MEL) 14 17 13 44
12  Perak (PRK) 12 17 15 44
13  Negeri Sembilan (NSE) 8 13 7 28
14  Pahang (PAH) 7 10 7 24
15  Labuan (LBN) 0 2 3 5
Jumlah (15 Negeri) 326 287 280 893

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Unanimously agreed that Sarawak host SUKMA 2016". 
  2. ^ "Sarawak-aspires-to-win-SUKMA-2016". New Sarawak Tribune. 
  3. ^ Chua, Andy. "The Star Online". Sukma Organizers builds six new stadiums and sports centers. Star Media Group Berhad. Dicapai October 2, 2016. 
  4. ^ "Sarawak ready to bring back 'overall champion' prestige for Sukma 2016". The Borneo Post Seeds. 
  5. ^ "RM10m Sibu Volleyball Stadium ready for Sukma". The Borneo Post. May 11, 2016. 
  6. ^ "Official Website". Official Website. 15 January 2016. Dicapai 15 January 2016. 
  7. ^ "Logo Sukma Sarawak 2016". SUKMA Sarawak 2016. Dicapai 27 October 2015. (Melayu)
  8. ^ "Maskot Sukma Sarawak 2016". SUKMA Sarawak 2016. Dicapai 27 October 2015. (Melayu)
  9. ^ "Sistem Keputusan Laman sesawang Rasmi". Gms.sukmasarawak2016.my. Dicapai 2016-07-30. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Kuala Lumpur–Perlis
Sukan Malaysia
Sarawak

Sukan Malaysia XVIII (2016)
Diikuti oleh:
Perak