Sukan Malaysia 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Malaysia XX
SUKMA MSN 2022 (cropped).jpg
Bandar tuan rumahKuala Lumpur
Cogan kata#DemiMalaysia
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet6,694
Acara426 dalam 31 sukan
Upacara pembukaan17 September
Upacara penutupan24 September
Pembukaan dirasmikan olehIsmail Sabri Yaakob
Perdana Menteri Malaysia
Stadium utamaDataran Gemilang, UKM, Bangi
Laman sesawanghttps://sukma2022.nsc.gov.my/

Sukan Malaysia 2022, juga dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-20 merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September. Pada awalnya temasya ini dinamakan sebagai Sukan Malaysia 2020 dan dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020 dengan Johor sebagai tuan rumah, namun telah ditangguhkan kepada 6 hingga 14 Mac 2021 akibat Pandemik COVID-19. Temasya ini seterusnya ditangguhkan lagi kepada 16 hingga 24 September 2022 dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah dan dinamakan sebagai Sukan Malaysia 2022.[1]

Bandar tuan rumah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, jawatankuasa eksekutif Sukma telah menganugerahkan Johor sebagai tuan rumah bagi Sukan Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020. Namun, pada April 2020, temasya ini telah ditunda kepada 6 hingga 14 Mac 2021 akibat Pandemik COVID-19.[2] Pada November 2020, temasya ini telah dibatalkan dan diteruskan dengan Sukan Malaysia 2022.[3] Pada Februari 2022, barisan kabinet bersetuju untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi temasya ini menggantikan Johor yang akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia 2024.[1]

Pembangunan dan persiapan[sunting | sunting sumber]

Pembangunan dan persiapan bagi temasya ini melibatkan kawasan di Lembah Klang dan Langkawi. Kebanyakan fasiliti sukan yang digunakan dimiliki Majlis Sukan Negara dan kerajaan negeri Selangor bagi mengurangkan kos perbelanjaan yang diperlukan. Setiap tempat pertandingan dibahagi kepada lima zon iaitu Kuala Lumpur, Bangi, Bukit Jalil, Shah Alam dan Langkawi.[4][5]

Zon Tempat Sukan
Zon 1
Kuala Lumpur
Stadium Juara Bukit Kiara Bola jaring
Stadium MABA Bola keranjang
Kompleks Sukan Bukit Kiara Boling padang
Stadium KLFA Bola sepak
Universiti Malaya (UM) Bola sepak
E-Sport Business Network, Quill City Mall E-sukan
Arena Petanque Kuala Lumpur, Pudu Ulu Petanque
Pusat Skuasy Jalan Duta Skuasy
Kompleks Sukan Jalan Duta Tenis
Zon 2
Bangi
Bangi dan Kajang
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bola Sepak
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
UKM Oval Kriket
Dewan Sri Saujana, UNITEN Sepak Takraw
Putrajaya
Kompleks Kejiranan Presint 11 Angkat berat
Taman Cabaran Lumba basikal (bukit)
Kompleks Sukan Air Presint 6 Lumba kanu
Kompleks Futsal Presint 18 Tinju
Nilai, Negeri Sembilan
Arena BMX Nasional Lumba basikal (BMX)
Bandar Baru Sendayan Lumba basikal (lebuhraya)
Velodrom Nasional Lumba basikal (Trek)
Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Memanah
Dewan Tuanku Canselor USIM Pencak silat
Zon 3
Bukit Jalil
Bukit Jalil
Pusat Akuatik Nasional Akuatik
Axiata Arena Badminton
Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Gimnastik
Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Gimrama
Stadium Hoki Nasional Hoki
Selangor Turf Club Kriket
Stadium Nasional Olahraga
Pusat Skuasy Nasional Skuasy
Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara Wushu
Seri Kembangan
South City Plaza Muaythai
Zon 4
Shah Alam
Shah Alam
Universiti Teknologi MARA Bola sepak
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 4 Bola tampar (dewan)
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19 Bola tampar (dewan)
Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA Seksyen 19 Bola tampar (pantai)
Dewan Kompleks Sukan Universiti
Teknologi Mara
Judo
Karate
Padang Ragbi Kompleks Sukan UiTM Ragbi
Subang
Kelab Golf Negara Golf
Lapang Sasar Menembak Menembak
Bandar Sunway
Sunway Megalane, Sunway Pyramid Tenpin boling
Zon 5 - Langkawi Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Lumba layar

Perkampungan sukan[sunting | sunting sumber]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Cogan kata rasmi temasya ini ialah "#DemiMalaysia".

[sunting | sunting sumber]

Kombinasi warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu di dalam logo temasya ini adalah simbolik warna pelangi yang menggambarkan kepelbagaian rakyat Malaysia. Huruf X secara bertindanan menunjukkan Sukan Malaysia dan Para SUKMA yang ke-20 menggambarkan pergerakan atlet yang dinamik dan sentiasa ke hadapan dalam bentuk yang pantas.

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot rasmi temasya ini adalah dua ekor harimau Malaya yang dinamakan "Oyen". Nama tersebut dipilih kerana mudah diterima dan diingati setiap lapisan masyarakat, bersesuaian dengan warna oren yang melambangkan keberanian. Maskot ini juga menggambarkan atlet muda yang tidak luntur semangat dan tabah menghadapi perjuangan dalam memburu kegemilangan.

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri, wilayah persekutuan dan Brunei.

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 426 acara yang dipertandingkan dalam 31 sukan di temasya ini;

Sukan pertunjukan[sunting | sunting sumber]

Takwim[sunting | sunting sumber]

OC Upacara pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
September 12
Isn
13
Sel
14
Rab
15
Kha
16
Jum
17
Sab
18
Aha
19
Isn
20
Sel
21
Rab
22
Kha
23
Jum
24
Sab
Pingat
Upacara OC CC
Akuatik Renang 8 8 7 8 7 38
Terjun 2 2 1 5
Angkat berat 4 4 4 4 16
Badminton 5 5
Bola jaring 1 1
Bola keranjang 5 lawan 5 2 2
3 lawan 3 2 2
Bola sepak 1 1
Bola tampar Dewan 1 1 2
Pantai 2 2
Boling padang 4 1 4 9
Boling sepuluh pin 2 4 1 2 2 11
E-sukan 5 5
Gimnastik Gimnastik 2 2 10 14
Gimrama 2 5 7
Golf 4 4
Hoki 2 2
Judo 3 6 6 15
Karate 7 7 2 16
Kriket 1 1
Lumba basikal Lebuhraya 2 2 2 2 8
BMX 2 2
Trek 4 4 4 4 16
Gunung 2 2 4
Lumba kanu 6 6 10 3 3 5 33
Lumba layar 14 14
Memanah 4 5 5 14
Menembak 6 6 6 4 3 1 26
Muay Thai 2 14 16
Olahraga 7 11 10 16 44
Pencak Silat 8 9 9 26
Petanque 2 4 3 2 11
Ragbi 2 2
Sepak Takraw 1 2 2 5
Skuasy 2 3 5
Tenis 5 5
Tinju 6 6 12
Wushu 8 7 10 23
Acara pingat harian 0 0 10 23 30 25 34 55 43 64 49 65 28 426
September 12
Isn
13
Sel
14
Rab
15
Kha
16
Jum
17
Sab
18
Aha
19
Isn
20
Sel
21
Rab
22
Kha
23
Jum
24
Sab
Acara

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Nota: Jumlah keseluruhan pingat ditampilkan, mengikut urutan kedudukan pada jumlah pingat yang diperolehi, dari tarikh 12 September 2022 hingga 24 September 2022, ialah seperti berikut [6], jumlah pingat Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya digabungkan menjadi "Wilayah Persekutuan", dan Brunei ialah satu-satunya pasukan luar Malaysia, yang menyertai Sukan Malaysia :

  *   Tuan rumah (Wilayah Persekutuan)

Jumlah pingat Sukan Malaysia 2022 (SUKMA 2022)
KedudukanNegeriEmasPerakGangsaJumlah
1 Johor775243172
2 Terengganu644956169
3 Wilayah Persekutuan*556864187
4 Sarawak324352127
5 Selangor315544130
6 Sabah30293998
7 Pulau Pinang302842100
8 Perak Darul Ridzuan272846101
9 Pahang Darul Makmur22212770
10 Negeri Sembilan1962853
11 Melaka17112351
12 Kedah16173063
13 Perlis671023
14 Kelantan381021
15 Brunei0224
Jumlah (15 negeri)4294245161369

Penyiaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ahmad, Amree (23 Februari 2022). "Kuala Lumpur tuan rumah Sukma 2022". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ "SUKMA Johor ditunda Mac 2021". Berita Harian. 23 April 2020. Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ "Sukma, Para Sukma 2020 Johor ditunda lagi". Sinar Harian. 9 November 2020. Dicapai pada 9 September 2022.
  4. ^ "95 peratus venue Sukma 2022 sudah bersedia". Sinar Harian. 20 Ogos 2022. Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Venue Pertandingan".
  6. ^ "Medal Keseluruhan". Dicapai pada 16 Oktober 2022. #DEMIMALAYSIA(dalam bahasa Bahasa Melayu)
Didahului oleh
Negeri Perak
Sukan Malaysia
MSN (Wilayah Persekutuan)

Sukan Malaysia XX (2022)
Diikuti oleh:
Johor