Sukan Olimpik Paris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandaraya Paris pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik beberapa kali: pada tahun 1900 dan 1924, dan akan menganjurkan Sukan Olimpik 2024 . Paris akan menjadi bandar kedua, dalam Sukan Olimpik Moden, yang menganjurkan tiga Olimpik apabila Paris menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 2024 selepas bandaraya London (yang menganjurkan Sukan Olimpik 1908, 1948, 2012).

Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan negara Perancis yang menyelia kepentingan Perancis dalam Olimpik.[1]

Sukan Olimpik Musim Panas 1900[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik Musim Panas Paris 1900
Sukan Olimpik Musim Panas Paris 1900

Sukan Olimpik Musim Panas 1900 (Sukan Olimpik ke-2) merupakan Sukan Olimpik moden yang kedua dan Sukan Olimpik pertama yang diadakan di luar Athens, Greece. Sukan Olimpik Musim Panas 1900 diadakan sempena Pesta Dunia 1900. Acara ini berlangsung dari 14 Mei 1900 hingga 28 Oktober 1900, dengan 28 negara mengambil bahagian dalam 95 acara.[2] Pasukan Perancis mendapat tempat pertama dengan tiga kali lebih banyak bilangan pingat daripada tempat kedua temasya tersebut, Amerika Syarikat.[3][4]

Sukan Olimpik Musim Panas 1924[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik Musim Panas 1924 (Sukan Olimpik VIII) adalah Sukan Olimpik yang kedua yang diadakan selepas Perang Dunia I. Menunjukkan kesatuan kolektif selepas perang, 44 negara bertanding dalam 126 acara yang berbeza dari 4 Mei 1924 hingga 27 Julai 1924.[5] Tidak seperti Sukan Olimpik 1900, atlet Perancis tidak memperoleh jumlah pingat yang tinggi dan mendapat tempat ketiga dalam temasya tersebut dengan 28 pingat sahaja.[6]

Sukan Olimpik Musim Panas 2024[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 (Sukan Olimpik XXXIII) akan berlangsung dari 27 Julai 2024 hingga 12 Ogos 2024.[7] Bidaan Olimpik Paris 2024 diumumkan sebagai pemenang proses pembidaan pada 13 September 2017.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ RÔLES ET MISSIONS (dalam bahasa Perancis) cnosf.franceolympique.com. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
  2. ^ "The Olympic Summer Games Factsheet" (PDF). International Olympic Committee. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 6 September 2015. Dicapai pada 5 August 2012.
  3. ^ "Paris 1900 - Medal Table". Olympics.com. International Olympic Committee. Select "Paris 1900", select "Go to medal table" to arrive at "Paris 1900 Medal Table"
  4. ^ Mallon, Bill (1998). The 1900 Olympic Games, Results for All Competitors in All Events, with Commentary. Jefferson, North Carolina: McFarland & Company, Inc. m/s. 25–28. ISBN 978-0-7864-4064-1.
  5. ^ "Factsheet - Opening Ceremony of the Games f the Olympiad" (PDF) (Siaran akhbar). International Olympic Committee. 13 September 2013. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 August 2016. Dicapai pada 22 December 2018.
  6. ^ PARIS 1924MEDAL TABLE olympics.com. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
  7. ^ Butler, Nick (7 Februari 2018). "Paris 2024 to start week earlier than planned after IOC approve date change". insidethegames.biz. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  8. ^ "Paris set to host 2024 Olympics, Los Angeles to be awarded 2028 Games by IOC". ABC. Dicapai pada 1 Ogos 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]