Sukan Paralimpik Musim Panas 1976

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Paralimpik V
Bandar tuan rumahToronto, Kanada
Penyertaan negara41
Penyertaan atlet1,657 (1,404 lelaki, 253 perempuan)
Acara447 dalam 13 sukan
Upacara pembukaan4 Ogos 1976
Upacara penutupan12 Ogos 1976
Pembukaan dirasmikan olehLeftenan Gabenor Ontario Pauline McGibbon
Stadium utamaLitar Lumba Woodbine
Stadium Taman Centennial

Sukan Paralimpik Musim Panas 1976 (bahasa Inggeris: 1976 Summer Paralympics, Perancis: Jeux paralympiques d'été de 1976) juga digelar sebagai Torontolympiad - Sukan Olimpik untuk Orang Kurang Upaya 1976 (bahasa Inggeris: Torontolympiad - 1976 Olympiad for the Physically Disabled), merupakan satu acara sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Toronto, Kanada dari 4 hingga 12 Ogos 1976.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Paralimpik diganggu oleh politik dunia. Ramai orang telah membantah keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang membenarkan pasukan Afrika Selatan menyertai Sukan Paralimpik walaupun kerajaan negara tersebut telah melaksanakan dasar Aparteid. Negara tersebut sudah dilarang oleh IOC daripada menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1964. Walaupun sebuah pasukan berbilang kaum telah dihantar ke temasya ini, kerajaan Kanada telah menarik balik sumbangan wangnya kepada temasya ini yang bernilai setengah milion dolar.[2] Wang tersebut akhirnya diberikan oleh kerajaan wilayah Queen's Park.[3] Beberapa pasukan yang memboikot Sukan Olimpik Musim Panas 1976 juga tidak menyertai temasya ini.[2] Rhodesia juga tidak menyertai temasya ini kerana kerajaan Kanada enggan memberikan visa kepada atlet negara tersebut.[4]

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Semasa Sukan Paralimpik 1986, atlet beramputasi dan buta menyertai Sukan Paralimpik buat kali yang pertama. Sebelum ini, hanya atlet berkerusi roda dibenarkan untuk bertanding. Menembak dan goalball yang merupakan acara demonstrasi sebelum ini telah dimasukkan ke dalam program rasmi Sukan Paralimpik 1976.[5]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Amerika Syarikat 664445155
2 Belanda 45251484
3 Israel 40131669
4 Jerman Barat 37342697
5 Great Britain 29283794
6 Kanada *25262677
7 Poland 24171253
8 Perancis 23211458
9 Sweden 21282574
10 Austria 17161750
Jumlah (10 negara)327252232811

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Burma, Colombia, Ecuador, Yunani, Guatemala, Indonesia dan Luxembourg menyertai Sukan Paralimpik buat kali yang pertama.[6]

Temasya ini juga merupakan kali terakhir Afrika Selatan menyertai Sukan Paralimpik sebelum Aparteid berakhir.[7][8]

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toronto 1976", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ a b Bailey, Steve (2008). Athlete First: A history of the paralympic movement. John Wiley & Sons. m/s. 35–36. ISBN 9780470058244.
  3. ^ "Historicist: Torontolympiad '76". Torontoist. 7 June 2014. Dicapai pada 21 August 2016.
  4. ^ Little, Cliff (2008). "The Paralympic Protest Paradox: The Politics of Rhodesian Participation in the Paralympic Games, 1960–1980" (pdf). Pathways: Critiques and Discourse in Olympic Research: 123–131. Dicapai pada 18 May 2011.
  5. ^ "Toronto 1976". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2015-03-12.
  6. ^ "Medal Standings – Toronto 1976 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2008-08-08.
  7. ^ "'The Netherlands against Apartheid' – 1970s", International Institute of Social History
  8. ^ South Africa at the Paralympics, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Heidelberg
Sukan Paralimpik Musim Panas
Toronto

Sukan Paralimpik Musim Panas (1976)
Diikuti oleh:
Arnhem