Sukan Paralimpik Musim Panas 1980

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Paralimpik VI
Bandar tuan rumahArnhem, Belanda
Penyertaan negara42
Penyertaan atlet1,973 (2,469 lelaki, 790 perempuan)
Acara489 dalam 12 sukan
Upacara pembukaan21 Jun 1980
Upacara penutupan30 Jun 1980
Pembukaan dirasmikan olehPuteri Margriet
Stadium utamaPusat Sukan Nasional Papendal

Sukan Paralimpik Musim Panas 1980 (bahasa Inggeris: 1980 Summer Paralympics, Belanda: Paralympische Zomerspelen 1980) juga digelar sebagai Sukan Olimpik untuk Orang Kurang Upaya (bahasa Inggeris: Olympics for the Disabled), merupakan satu acara sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang akan diadakan di Arnhem, Belanda dari 21 hingga 30 Jun 1980.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Soviet yang telah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 1980 telah dijemput untuk menganjurkan edisi Sukan Paralimpik ini. Namun, mereka mengatakan bahawa golongan orang kurang upaya "tidak wujud" di negara tersebut dan enggan menganjurkan temasya ini.[2][3] Pasukan Kesatuan Soviet hanya akan menyertai Sukan Paralimpik pada 1988. Oleh itu, temasya ini telah dipindahkan ke Arnhem, Belanda.

Wujud juga kontroversi atas penyertaan pasukan Afrika Selatan dalam temasya ini. Hal ini adalah kerana IOC sudah melarangkan negara tersebut daripada bertanding disebabkan oleh perlaksanaan dasar Aparteid oleh kerajaan Afrika Selatan. Rakyat Belanda dan Parlimen Belanda turut membantah penyertaan negara tersebut. Akhirnya, ahli parlimen bersetuju bahawa penyertaan pasukan Afrika Selatan "tidak diingini" oleh mereka.[4][5]

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Atlet-atlet temasya ini dibahagikan kepada empat kategori: amputasi, palsi serebrum, kecacatan penglihatan, and kerusi roda. Atlet serebral palsi dibenarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik buat kali yang pertama. Selain itu, Bola tampar telah ditambah ke program acara sukan sebagai sukan baharu.[6]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Iceland, Kuwait dan Sudan menyertai Sukan Paralimpik buat kali yang pertama.[7]

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Amerika Syarikat 756654195
2 Poland 755052177
3 Jerman Barat 684846162
4 Kanada 643531130
5 Great Britain 473221100
6 Belanda *333136100
7 Sweden 31362491
8 Perancis 28263185
9 Mexico 2016642
10 Norway 1513836
Jumlah (10 negara)4563533091118

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Arnhem 1980", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ Phillips, Sarah D. (2009). ""There Are No Invalids in the USSR!" A Missing Soviet Chapter in the New Disability History". Disability Studies Quarterly. 29 (3). doi:10.18061/dsq.v29i3.936.
  3. ^ "Russia's journey from "no invalids" to Paralympic champions". Rbth.com. 14 November 2013. Dicapai pada 30 October 2015.
  4. ^ "'The Netherlands against Apartheid' – 1970s", International Institute of Social History
  5. ^ South Africa at the Paralympics, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  6. ^ "Arnhem 1980". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2008-08-06.
  7. ^ "Medal Standings – Arnhem 1980 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2008. Dicapai pada 2008-08-08.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Toronto
Sukan Paralimpik Musim Panas
Arnhem

Sukan Paralimpik Musim Panas (1980)
Diikuti oleh:
New York/Stoke Mandeville