Sukan Paralimpik Musim Panas 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Paralimpik XVII
Bandar tuan rumahParis, Perancis
Upacara pembukaan28 Ogos
Upacara penutupan8 September
Stadium utamaStade de France
Laman sesawanghttps://www.paris2024.org/en/

Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 (Jawi: سوكن ڤاراليمڤيك موسيم ڤانس ٢٠٢٤; bahasa Inggeris: 2024 Summer Paralympics; bahasa Perancis: Jeux paralympiques d'été de 2024) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-17 (bahasa Inggeris: 17th Summer Paralympics Games; bahasa Perancis: XVIIes Jeux paralympiques d’été), turut dikenali sebagai Paris 2024, merupakan satu acara sukan antarabangsa yang akan diadakan di Paris, Perancis dari 28 Ogos hingga 9 September 2024. [1][2]

Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Paralimpik dianjurkan di Paris dan turut merupakan Sukan Paralimpik Musim Panas pertama yang dianjurkan di negara Perancis. Perancis pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1992 yang diadakan di Tignes dan Albertville. Temasya tersebut turut merupakan kali pertama Sukan Paralimpik Musim Sejuk diadakan di bandar yang sama dengan Sukan Olimpik. Sebanyak 22 acara sukan (sama seperti Tokyo 2020) akan dipertandingkan dalam edisi sukan ini.[3]

Sebanyak lima bandar telah membida untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri dalam proses tersebut, dan akhirnya hanya tinggal Paris dan Los Angeles yang membida. Paris diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 semasa Sesi IOC ke-131 di Lima, Peru pada 13 September 2017, manakala Los Angeles akan menganjurkan edisi 2028.[4]


Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat )
  • Rumusan kronologi

Proses pembidaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai persetujuan antara IOC dengan IPC, tuan rumah Sukan Olimpik 2024 juga perlu menganjurkan Sukan Paralimpik 2024.[5]

Lima bandaraya telah menyerahkan pencalonan mereka, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri, akhirnya tinggal hanya Paris dan Los Angeles yang membida. Oleh itu, IOC mengambil keputusan untuk melantik tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 dan 2028 pada masa yang sama semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017. Perbincangan antara IOC dengan suruhanjaya pembidaan Paris dan Los Angeles telah diadakan selepas keputusan tersebut dibuat.[6]

Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk edisi 2028, maka Paris akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2024. Kedua-dua keputusan ini telah diluluskan pada Sesi IOC ke-131.[7]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024
Bandar Negara Undi
Paris Perancis Perancis Sebulat Suara

Pembangunan dan penyediaan[sunting | sunting sumber]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 (Inggeris: Paris 2024 Organising Committee for the Olympic and Paralympic Games; Perancis: Comité d'organisation des Jeux olympiques et paralympiques d'été de 2024; Singkatan: OCOG atau COJO) ditubuhkan pada Januari 2018 untuk merancang, membiayai dan menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[8] Jawatankuasa tersebut dipengerusi oleh Tony Estanguet, seorang pemenang emas Olimpik kanu slalom tiga kali dan ahli IOC[9], manakala Etienne Thobois dilantik sebagai CEO jawatankuasa tersebut. [10]

Lambis Konstantinidis telah dilantik sebagai Pengarah Rancangan dan Kordinasi, Hubungan CIO / IPC dan IKM bagi OCOG Paris 2024.[11] Bagi Suruhanjaya Atlet Paris 2024 pula, Marie Bochet (para alpine skiing), Perle Bouge (lumba perahu dayung paralimpik) dan Lucas Créange (ping pong paralimpik) telah dilantik sebagai ahlinya.

Lembaga Penyampaian Sukan Olimpik (Inggeris: Olympic Games Delivery Authority; Perancis: Société de Livraison des Ouvrages Olympiques; Singkatan: SOLIDEO) merupakan sebuah organisasi sektor awam yang berperanan untuk membiayai, menyelia dan menyediakan prasarana Sukan Olimpik dan Paralimpik, terutamanya Kampung Paralimpik yang akan menjadi tempat penginapan bagi semua atlet. [12][8][13] Lembaga ini dipengerusi oleh Anne Hidalgo dan diarah oleh Nicolas Ferrand.[14]

Tempat pertandingan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 22 sukan yang akan dipertandingkan di 19 lokasi, antaranya termasuklah Menara Eiffel (bola sepak buta), Champs Elysees (para triatlon, maraton, lumba basikal lebuh raya), Istana Versailles (ekuestrian) dan sebagainya.[15] Tempat pertandingan bagi 18 acara sukan berada di dalam jarak radius 10 km daripada Kampung Paralimpik, tempat pertandingan bagi 90% atlet boleh dicapai dalam masa kurang daripada 30 minit daripada tempat penginapannya.[16] Semua lokasi yang menganjurkan pertandingan semasa Sukan Paralimpik 2024 dapat dicapai dengan pengangkutan awam.[15]

Ketersampaian[sunting | sunting sumber]

Setakat 2018, hanya 3% stesen metro adalah mesra pengguna kerusi roda.[17] Selepas memenangi hak menganjur, Paris sudah berjanji bahawa kesemua laluan metro yang baharu dan sedang dibina akan menjadi mesra OKU, termasuklah Grand Paris Metro yang akan disiap bina pada tahun 2024.[18][19] Kerajaan tempatan turut berhasrat untuk menjadikan 60% daripada kesemua jaringan pengangkutan di Paris mesra OKU pada tahun 2024.[20] Cerema, sebuah institusi perancangan bandar dan mobiliti, turut diupah untuk meningkatkan ketersampaian laluan jalan kaki di Paris.[21]

Projek "Paris+Inclusive" turut dilaksanakan untuk meningkatkan ketersampaian dalam bandar tersebut serta menggalakkan orang kurang upaya yang lain untuk terlibat dalam bersukan dan aktif dalam komuniti mereka.[22] Selain itu, pihak penganjur Paris 2024 turut berhasrat untuk menganjurkan acara pertama yang mendapat pengiktirafan ketersampaian sejagat daripada ISO.[16]

Program sukarelawan yang dijalan turut dibuka kepada golongan kurang upaya untuk menyertainya. Pihak penganjur Paris 2024 mesasar agar 3,000 orang sukarelawan (6% daripada jumlah keseluruhan) terdiri daripada orang kurang upaya.[23] Latihan sukarelawan juga boleh disertai oleh individu yang mempunyai kecacatan penglihatan dan pendengaran. Lokasi latihan bersemuka juga boleh dicapai oleh individu yang mempunyai masalah mobiliti.[24]

Pendapat awam[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Institut Pendapat Awam Perancis (IFOP) menyatakan bahawa 90% rakyat Perancis menyokong penganjuran Sukan Paralimpik Musim Panas yang pertama di negara tersebut.[25] Demi meningkatkan kesedaran awam terhadap sukan dalam Sukan Paralimpik, pihak penganjur Paris 2024 telah memohon kepada Unicode agar emoji bagi sukan Paralimpik diwujudkan.[26] Pada masa yang sama, Perancis juga ingin meneladani kejayaan London dalam menganjurkan Sukan Paralimpik 2012 dan cara yang mereka ambil untuk meningkatkan kesedaran awam.[27]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Logo Paris 2024 telah diumumkan pada 21 Oktober 2019 di Grand Rex, panggung wayang yang terbesar di Eropah.[28][29] Buat kali yang pertama, logo yang sama digunakan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, hal ini melambangkan kedua-dua temasya sukan ini adalah satu projek yang sama dan mempunyai cita-cita yang sama.[30] Perkataan "Paralympic Games" juga tidak wujud di bawah logo Paris 2024, dan digantikan dengan logo Paralimpik yang terletak di bawah logo tersebut.[31][32]

Logo tersebut berbentuk bulatan, seperti sebuah pingat emas, dan ilustrasi rambut serta bibir yang berwarna emas dalam logo tersebut menampilkan raut wajah Marianne, personifikasi kebangsaan Perancis. Api Olimpik dan Paralimpik juga boleh dinampak di ruang negatif rambut Marianne. Marianne turut merupakan ikon kebebasan semasa zaman Revolusi Perancis 1789 dan kini sudah menjadi simbol Perancis yang biasa didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara tersebut.[33]

Penekanan kepada wajah manusia juga menyampaikan mesej bahawa "manusia" merupakan fokus utama edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini.[28] Logo ini direka bentuk oleh syarikat Royalties Eco-Branding.[34]

Logo ini telah dikritik oleh orang ramai kerana reka bentuknya serupa dengan logo aplikasi memikat isteri atau salon rambut,[35][36] ada netizen pula mengibaratkannya dengan meme Karen yang merebak di media sosial atau gaya rambut seseorang selebriti.[37] Walaupun demikian, sebuah kajian mengatakan bahawa sebanyak 83% penduduk Paris yang menggemari reka bentuk logo ini.[38]

Tipografi dan warna[sunting | sunting sumber]

Tipografi Paris 2024 juga mendapat inspirasi daripada gaya fon Art Deco dan ketebalannya boleh diubah suai mengikut keperluan. Reka bentuknya juga bersifat mesra alam kerana aksara-aksaranya disusun secara rapat untuk menjimat kertas dan dakwat.[39] Selain itu, fail fon tersebut juga lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik walaupun mempunyai pelbagai variasi.[39]

Dari segi penggunaan warna pula, warna hitam telah digunakan sebagai warna utama dan warna latar belakang dalam media digital untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, manakala warna putih dijadikan sebagai warna dominan dalam media cetak untuk menjimatkan penggunaan dakwat.[40]

  • Warna utama:             
  • Warna sekunder:                                 

Temasya[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2017, lapan sukan dan tiga disiplin sukan telah memohon untuk dimasukkan ke dalam program Sukan Paralimpik 2024.[41] Persekutuan bagi bola sepak 7 sebelah, bola sepak powerchair, golf, luncur air, gusti tangan, karate, para sukan tarian dan melayar telah memohon agar sukan mereka dijadikan sebagai acara Sukan Paralimpik. Selain itu, IPC juga menerima pemohonan agar bola keranjang 3x3, poomsae dan para trap shooting dipertandingkan dalam Paris 2024.[42] Pada 2018, IPC mengumumkan bahawa hanya bola sepak 7 sebelah layak ke peringkat akhir.[43] Pada 25 Januari 2019, IPC telah membuat keputusan yang terakhir dan mengumumkan bahawa program sukan bagi Paris 2024 akan kekal sama dengan program sukan Tokyo 2020.[44]

Pada 31 Januari 2020, IPC mengumumkan bahawa bola keranjang kerusi roda tidak akan dimasukkan ke program acara Paris 2024.[45] Hal ini adalah kerana Persekutan Bola Keranjang Kerusi Roda Antarabangsa tidak mengikuti Kod Klasifikasi Atlet yang ditetapkan oleh IPC. Namun, sukan tersebut boleh dimasukkan semula sekiranya persekutuan tersebut mengikut Kod Klasifikasi yang telah ditetapkan. Pada September 2021, kelulusan bersyarat telah diberikan oleh IPC kepada sukan tersebut agar dimasukkan semula ke Sukan Paralimpik 2024.[46]

Dengan ini, jumlah acara yang dipertandingkan dalam Paris 2024 akan menjadi 549 acara dalam 22 disiplin, yakni 10 lebih banyak acara berbanding dengan Tokyo 2020.[47][48] Terdapat 271 acara untuk atlet lelaki, 235 acara untuk atlet perempuan dan 43 acara terbuka atau campuran. Sekurang-kurangnya 1,859 atlet perempuan akan bertanding dalam temasya ini, bilangan ini adalah dua kali ganda bilangan atlet perempuan dalam Sydney 2000 (yang hanya mempunyai 990 atlet perempuan). Bilangan ini bakal meningkat kerana masih ada 359 slot untuk acara campuran.[49]

Program Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Takwim[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai 2022, versi muktamad takwim telah diumumkan. Paris 2024 adalah sehari lebih pendek daripada Tokyo 2020 atas sebab logikal (banyak acara Tokyo 2020 terletak di luar Kawasan Metropolitan Tokyo atau sangat jauh dari Kampung Paralimpik)[50]

Semua tarikh dan masa adalah mengikut Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2)
OC Upacara pembukaan Acara pertandingan 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Ogos-September 2024 Ogos September Acara
28
Rabu
29
Kha
30
Jum
31
Sab
1
Ahad
2
Isn
3
Sel
4
Rabu
5
Kha
6
Jum
7
Sab
8
Ahad
Upacara OC CC
Bola sepak 5 sebelah 1
Boccia
Goalball 2
Memanah
Olahraga
Badminton
Para kanu
Lumba basikal Lebuh raya
Balapan
Ekuestrian
Judo
Powerlifting
Lumba perahu dayung 5
Renang
Ping pong
Tae kwon do
Para Triatlon
Menembak
Bola tampar duduk 1 1
Bola keranjang kerusi roda 1 1
Lawan pedang kerusi roda
Ragbi kerusi roda 1
Tenis kerusi roda


Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang sekurang-kurangnya mempunya seorang atlet yang layak ke dalam Sukan Paralimpik 2024.

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Penyiaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kecuali Perancis dan UK
  1. ^ "Olympic Games: Paris & LA to host 2024 & 2028 respectively". BBC. Dicapai pada 16 September 2017
  2. ^ Giles, Thomas. "IPC change Paris 2024 Paralympics dates" Inside the Games. 7 Mac 2018. Dicapai pada 18 Ogos 2021.
  3. ^ "Paris 2024: IPC announces sports programme" IPC. 25 Januari 2019. Dicapai pada 18 Ogos 2021.
  4. ^ "Olympic Games: Paris & LA to host 2024 & 2028 respectively". BBC. Dicapai pada 16 September 2017
  5. ^ "Paralympics 2012: London to host 'first truly global Games'". BBC Sport. Dicapai pada 1 August 2012.
  6. ^ "Bach Says Paris and LA Mayors Are 'Optimistic' About Agreement After Initial Discussions - GamesBids.com". gamesbids.com.
  7. ^ "Paris set to host 2024 Olympics, Los Angeles to be awarded 2028 Games by IOC". ABC. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  8. ^ a b Our duties. www.paris2024.org. Dicapai pada 28 Julai 2021
  9. ^ Mr Tony ESTANGUET Diarkibkan 2021-07-23 di Wayback Machine. www.olympics.com. Dicapai pada 28 Julai 2021
  10. ^ Paris 2024 confirm Etienne Thobois as CEO IPC (21 Disember 2017). Dicapai pada 28 Julai 2021.
  11. ^ "Lambis Konstantinidis, Director of Planning and Coordination, relation CIO/IPC, on Paralympic Games" press.paris2024.org. 9 Julai 2021. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  12. ^ Société de Livraison des Ouvrages Olympiques (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 28 Julai 2021.
  13. ^ 2024 - Paris - SOLIDEO English_February 2019.pdf (PDF) Perpustakaan Olimpik. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  14. ^ "SOLIDEO response to the open letter regarding the exclusion of tropical timber" ATIBT. 30 July 2021. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  15. ^ a b "PARIS 2024 CONCEPT : SOUND STEWARDSHIP SUPPORTING SPECTACULAR GAMES" www.paris2024.org. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  16. ^ a b "Paris 2024 Paralympic Games Press Kit". paris2024.org. 25 Ogos 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  17. ^ Goujard, Clothilde (26 Oktober 2018). "Will Paris's Metro Adapt to Disabled Riders Before the 2024 Olympics?". Bloomberg CityLab. Bloomberg. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  18. ^ "Paris 2024: Committed to change". paralympics.org. 13 September 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  19. ^ "Laporan Suruhanjaya Penilaian 2024 IOC" (PDF). IOC. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  20. ^ Bréson, Martine (3 September 2018). "Valérie Pécresse: the emergency lanes of the A12 and A3 reserved for buses, taxis and VTC then for carpooling". francebleu.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  21. ^ "For the inclusive 2024 Olympic and Paralympic Games: Cerema working on accessibility of routes between railway stations and amenities". cerema.fr. 15 Februari 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  22. ^ "Host city of 2024 Paralympics creates 'Paris + Inclusive' project". paralympic.org. 20 Disember 2020. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  23. ^ Sugiura, Eri (30 Ogos 2021). "France aims for 3,000 disabled volunteers at Paris 2024". asia.nikkei.com. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  24. ^ "FAQ Paris 2024 - Is the training accessible to everyone?". paris2024.org. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  25. ^ Press Release - 90% of people in France support the plan to organise the country’s first Summer Paralympic Games (siaran akhbar). 14 September 2021. paris2024.org. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  26. ^ "PARIS 2024 PUTS FORWARD THE FIRST PARALYMPIC EMOJIS". paris2024.org. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  27. ^ "France eyes 'British model' ahead of Paris 2024 Paralympics". Channel News Asia. 4 Oktober 2021. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  28. ^ a b Rowbottom, Mike. "Paris 2024 unveil new shared Olympic and Paralympic Games emblem". www.insidethegames.biz (21 Oktober 2019). Dicapai pada 29 Julai 2021.
  29. ^ Grogan, Jean. "THE STORY BEHIND THE PARIS 2024 OLYMPICS LOGO" Creative Review. 4 November 2019. Dicapai pada 29 Julai 2021
  30. ^ Design. www.paris2024.org. Dicapai pada 29 Julai 2021
  31. ^ Houston, Michael. "Beijing 2022 update Winter Paralympics emblem" Inside the Games. 9 September 2020. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  32. ^ Thibaud Genevois Franchi. THE PARIS 2024 OLYMPICS LOGO DIVIDES OPINION pixartprinting.co.uk. 16 September 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  33. ^ A SINGLE EMBLEM FOR PARIS 2024 paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  34. ^ Williams, Eliza. "Trends of 2019: Branding and logos". Creative Review. 3 Disember 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  35. ^ Chik, Razak. "Citius Altius Fortius - Logo Olimpik Paris 2024 tak ubah aplikasi memikat isteri". Astro Awani. 24 Oktober 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  36. ^ "Olympic flame or dating ad? Paris 2024 logo divides opinion". BBC. 22 Oktober 2019. Dicapai pada 26 Mac 2020.
  37. ^ Ibrahim, Samantha. "Paris 2024 Olympics logo roasted for looking like a ‘Karen’" New York Post. 29 Julai 2021. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  38. ^ O’Kane, Patrick."French public approve Paris 2024 emblem despite social media mockery" Inside the Games. 24 Oktober 2019. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  39. ^ a b "Paris 2024 - Ecobranding" Ecobranding. Dicapai pada 30 Julai 2021
  40. ^ Design. www.paris2024.org. Dicapai pada 29 Julai 2021
  41. ^ "Eleven new sports and disciplines apply for Paris 2024". IPC. 22 November 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  42. ^ Giles, Thomas (23 November 2017). "Eleven new sports and disciplines among bids for Paralympic inclusion at Paris 2024". Inside the Games. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  43. ^ Morgan, Liam (13 September 2018). "Sailing fails with bid for Paralympic Games reinstatement at Paris 2024 as Para bobsleigh misses out on Beijing 2022". Inside the Games. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  44. ^ "Paris 2024: IPC announces sports programme". IPC. 25 Januari 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  45. ^ "Wheelchair Basketball could lose Tokyo 2020 spot". paralympics.com. 31 Januari 2020. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  46. ^ Dowdeswell, Andrew (22 September 2021). "Wheelchair basketball conditionally reinstated on to Paris 2024 Paralympics programme". Inside the Games. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  47. ^ "Paris 2024 Paralympic Medal Events Programme and Athletes Quotas announced".
  48. ^ "PARIS 2024 MEDAL EVENTS PROGRAMME – REVISED – 549 EVENTS" (PDF). Paralympic.org. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  49. ^ "Paris 2024 reveals session-by-session competition schedule". Paralympic.org. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  50. ^ "Paris 2024 Paralympic Competition Schedule by session" (PDF). Paralympic.org. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  51. ^ Berkeley, Geoff (28 Ogos 2020). "Channel 4 secures UK broadcasting rights for 2024 Paralympic Games". Inside the Games. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  52. ^ "NHK secures Paralympic Games broadcasting and exhibition rights through to 2024". paralympic.org. 25 Jun 2015. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  53. ^ "IPC and Infront sign ground-breaking media rights partnership". IPC. 7 Januari 2021. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
Didahului oleh
Tokyo
Sukan Paralimpik Musim Panas
Paris

Sukan Paralimpik Musim Panas XVII (2024)
Diikuti oleh:
Los Angeles