Pergi ke kandungan

Sukan Seluruh Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Seluruh Amerika
Edisi pertamaSukan Seluruh Amerika 1951
Diadakan pada setiapSetiap empat tahun
Edisi terakhirSukan Seluruh Amerika 2023 di Santiago de Chile
KegunaanAcara pelbagai sukan untuk negara di benua Amerika
Laman sesawangSukan Seluruh Amerika 2023
Peta negara-negara yang mengambil bahagian di dalam Sukan Seluruh Amerika.

Sukan Seluruh Amerika merupakan satu acara pelbagai jenis sukan yang diadakan pada setiap empat tahun di antara para peserta dari semua negara di benua Amerika. Edisi terakhir telah diadakan di Santiago, Chile dan edisi seterusnya akan diadakan di Barranquilla, Colombia.

Obor Sukan Seluruh Amerika

[sunting | sunting sumber]

Sejak Sukan Seluruh Amerika pertama, satu obor akan dinyalakan sama seperti yang dilakukan semasa Sukan Olimpik (sejak 1924), Sukan Asia (sejak 1958) dan Sukan Seluruh Afrika (sejak 1965). Semasa edisi pertama di Buenos Aires pada tahun 1951, obor ini didatangkan daripada Olympia, Greece. Sejak tahun 1955 iaitu semasa di Mexico, obor ini dinyalakan oleh orang Aztek di dalam kuil lama, pertamanya di Sierra de la Estrella dan kemudian di Kuil Tuhan Matahari di dalam Piramid Teotihuacán. Ia hanya dikecualikan pada tahun 1963 di São Paulo apabila obor dinyalakan di Brasilia oleh orang asli Guarani.

Senarai edisi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Edisi Tuan rumah Negara
1951 I Buenos Aires Argentina
1955 II Mexico City Mexico
1959 III Chicago Amerika Syarikat
1963 IV São Paulo Brazil
1967 V Winnipeg Kanada
1971 VI Cali Colombia
1975 VII Mexico City Mexico
1979 VIII San Juan Puerto Rico
1983 IX Caracas Venezuela
1987 X Indianapolis Amerika Syarikat
1991 XI Havana Cuba
1995 XII Mar del Plata Argentina
1999 XIII Winnipeg Kanada
2003 XIV Santo Domingo  Republik Dominika
2007 XV Rio de Janeiro Brazil
2011 XVI Guadalajara Mexico
2015 XVII Toronto Kanada
2019 XVIII Lima Peru
2023 XIX Santiago Chile
2027 XX Barranquilla Colombia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]