Sukhoi Su-30MKI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Su-30MKI
Pesawat Su-30MKI dari Tentera Udara India.
Peranan Pesawat penguasaan udara, pelbagai peranan, penyerang
Pengeluar Sukhoi & Hindustan Aeronautics
Penerbangan sulung 1 Julai 1997
Diperkenalkan 27 September 2002
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara India
Jumlah dibina Aktif: 116
Kos seunit AS$ 47 juta
Dibangunkan dari Sukhoi Su-30
Kelainan Su-35
Su-30MKM

Sukhoi Su-30 MKI[1] (nama pengenalan NATO Flanker-H) adalah sebuah pesawat kelainan bagi Sukhoi Su-30. Ia telah dibangunkan secara usahasama di antara firma Sukhoi Corporation dari Rusia dan Hindustan Aeronautics (HAL) dari India untuk Tentera Udara India. Walaupun pesawat ini merupakan sebuah pesawat penguasaan udara, ia juga berupaya untuk berperanan sebagai sebuah pesawat pelbagai peranan serta jet pejuang-penyerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan pesawat kelainan ini bermula apabila India menandatangani perjanjian dengan Rusia pada tahun 2000 bagi mengeluarkan 140 buah pesawat pejuang Su-30.[2] Pesawat kelainan pertama keluaran Rusia mula memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara India pada tahun 2002,[3] sementara pesawat pertama Su-30MKI buatan tempatan pula memasuki perkhidmatan pada 2004.[4] Pada tahun 2007, Tentera Udara India telah memesan tambahan pesawat sejumlah 40 buah.[5]

Berupaya untuk membawa persenjataan nuklear dan dibina khusus mengikut spesifikasi India, jet pejuang ini telah menggunakan sistem-sistem dan avionik buatan India.[6] Ia juga menggunakan sub-sistem buatan Perancis dan Israel.[7] Pesawat MKI memiliki beberapa penambahbaikan berbanding pesawat-pesawat asas Su-30 versi K dan MK dan ia telah dikelaskan sebagai jet pejuang generasi 4.5.[8][9] Disebabkan oleh persamaan ciri dan komponen pesawat ini, pesawat MKI seringkali dianggap versi pesawat Sukhoi Su-35 yang khusus bagi India. Pesawat lain yang setanding dengan Su-30MKI adalah pesawat Su-30 yang dibina khusus untuk Malaysia iaitu Sukhoi Su-30MKM.[10]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

 India

Spesifikasi (Sukhoi Su-30MKI)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 (juruterbang dan pegawai sistem senjata)
  • Panjang: 22.10 m (72 kaki 51 in)
  • Rentang sayap: 14.70 m (48 kaki 23 in)
  • Tinggi: 6.38 m (22 kaki 89 in)
  • Sayap luas: 62.04 m² (667.8 kaki²)
  • Berat kosong: 17,700 kg (39,300 lb)
  • Berat berisi: 34,500 kg (76,100 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 38,800 kg (85,600 lb)
  • Loji kuasa:Lyulka AL-31FP turbofan dengan tujahan vektor, 131 kN (29,400 lbf) setiap satu

Prestasi


Persenjataan:

Peluru berpandu udara ke udara:

  • 6 × R-27R/AA-10A/Astra[11] peluru berpandu panduan radar semi-aktif jarak sederhana 80 km.
  • 6 × R-27T (AA-10B) peluru berpandu panduan inframerah jarak sederhana 70 km
  • 2 × R-27P (AA-10C) peluru berpandu panduan radar pasif jarak jauh
  • 10 × R-77 (AA-12) peluru berpandu panduan radar aktif jarak sederhana 100 km
  • 6 × R-73 (AA-11) peluru berpandu jarak dekat 30 km

Peluru berpandu udara ke permukaan:

  • 2 × Kh-59ME peluru berpandu lancaran jauh panduan TV 115 km
  • 2 × Kh-59MK peluru berpandu lancaran jauh panduan laser 130 km
  • 4 × Kh-35 peluru berpandu anti kapal 130 km
  • 3 × PJ-10 peluru berpandu kruis sepersonik Brahmos 300 km
  • 6 × Kh-31P/A peluru berpandu anti radar 70 km
  • 6 × Kh-29T/L peluru berpandu panduan laser 30 km
  • 4 × pod roket S-8 (80 roket tanpa panduan)
  • 4 × pod roket S-13 (20 roket tanpa pandua)

Bom:

  • 6 × KAB-500L bom panduan laser
  • 3 × KAB-1500L bom panduan laser
  • 8 × FAB-500T bom jatuhan bebas
  • 28 × OFAB-250-270 bom jatuhan bebas
  • 32 × OFAB-100-120 bom jatuhan bebas
  • 8 × RBK-500 bom berangkai

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MKI dalam Bahasa Rusia bermaksud Modernizirovannyi Kommercheskiy Indiski (Cyrillic: Модернизированный Коммерческий Индийский), "Komersil Dimodenkan untuk India".
  2. ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/1090754.stm
  3. ^ https://archive.is/20120630024447/www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-26547969_ITM
  4. ^ https://archive.is/20120630024400/www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-5231964_ITM
  5. ^ http://timesofindia.indiatimes.com/NEWS/India/IAF_to_add_muscle_with_40_more_Sukhois/articleshow/1581347.cms
  6. ^ http://www.janes.com/defence/air_forces/news/jawa/jawa010108_1_n.shtml
  7. ^ https://archive.is/20120630024344/www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-6809147_ITM
  8. ^ The Telegraph - Calcutta : Opinion
  9. ^ Su-30MKI
  10. ^ Su-35 / Su-37 Super Flanker Multirole Fighter
  11. ^ "Peluru berpandu Astra akan dipasang pada Su-30MKI". The Hindu. Dicapai pada 2007-12-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]