Sukhoi Su-35BM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Su-35BM
Russian Air Force Sukhoi Su-35 Belyakov.jpg
SU-35BM di MAKS-2009
Peranan Pejuang pelbagai peranan
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung 19 Februari 2008[1]
Status Sedang dibangunkan
Jumlah dibina 1
Kos seunit AS$ 40 juta (anggaran)
Dibangunkan dari Sukhoi Su-35

Sukhoi Su-35BM yang juga dikenali sebagai Su-27BM atau Su-27SM2 adalah sebuah pesawat penguasaan udara / serangan pelbagai peranan berkelas berat dan jarak jauh generasi 4++.[perlu rujukan] Ia sebuah pesawat versi penambahbaikan berdasarkan pesawat Sukhoi Su-27. Su-35M telah dipertontonkan kepada umum semasa di pameran udara MAKS-2007.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Perbezaan dengan Su-35[sunting | sunting sumber]

Satu perbezaan yang ketara berbanding dengan Su-35 adalah ketiadaan sirip hadapan (kanard), namun begitu sebagai pilihan sirip hadapan boleh dipasang sepertimana pesawat dalam siri Su-30. Rekabentuk baru kerangka pesawat juga mengurangkan kemungkinan pesawat dari dikesan oleh radar.[perlu rujukan] Enjin pesawat digantikan dengan enjin tujahan vektor 3-dimensi AL-41F1A. Salur masuk udara juga dibesarkan. Sistem pengisian minyak di udara dari jenis probe dan drogue juga telah ditambah.

Selain dari perbezaan fizikal, sistem avionik pesawat Su-35BM juga mengalami penambahbaikan, walaupun ia masih menggunakan peralatan 100% buatan Rusia.

Su-35BM dilengkapi dengan sistem radar jujukan pengimbas pasif elektronik N035 Irbis yang ditingkatkan, juga radar tambahan yang dipasang di bahagian belakang sengat ekor, pesawat terkemudian akan menggunakan radar IRBIS-E sebuah N035 yang dipertingkatkan dengan puncak kuasa yang lebih berkuasa dan memiliki ciri-ciri ECCM yang lebih baik. Sistem pertahanan diri elektronik L175M Khibiny-M dan sistem peperangan elektronik juga dipasang. Radar baru Irbis-E juga mempunyai keupayaan mencari yang lebih berkuasa.

Sistem-sistem yang lebih ringan dan terkini juga telah ditambah (termasuk sistem kawalan FNO (Fly by Optics) baru dan OLS (Optical Location System). Bahagian kokpit telah direkabentuk semula dengan menambah dua skrin LCD dan keserasian dengan paparan lekapan helmet.

Perisian pesawat Su-35BM telah diubahsuai untuk menyerasikan dengan sistem persenjataan baru. Sistem avionik baru yang lain termasuk keupayaan datalink rintangan serakan dan maklumat sasaran jarak jauh dan sistem pengawasan elektronik. Sistem-sistem avionik ini disepadukan dengan GLONASS.[2]

Spesifikasi (Su-35BM)[sunting | sunting sumber]

Nota: Maklumat didapati dari risalah rasmi KNAAPO, tetapi disebabkan Su-35BM masih lagi diperingkat awal pengeluaran, spesifikasi mungkin akan berubah.

Data dari laman Su-35 KNAAPO,[3] risalah Su-35,[4] Su-35 di pameran udara MAKS 2007,[5] Aviapedia,[6]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 21.9 m (72.9 kaki)
  • Rentang sayap: 15.3 m (50.2 kaki)
  • Tinggi: 5.90 m (19.4 kaki)
  • Sayap luas: 62.0 m² (667 kaki²)
  • Berat kosong: 17,500 kg (38,600 lb)
  • Berat berisi: 25,300 kg (56,660 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 34,500 kg (76,060 lb)
  • Loji kuasa:Saturn 117S turbofan
    • Tujahan kering: 8,800 kgf[7] (86.3 kN, 19,400 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 14,500 kgf (142 kN, 31,900 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]