Suku Caniago

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Suku Chaniago adalah suku induk etnik Minangkabau selain suku Koto, suku Piliang dan suku Bodi dibawa oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Suku ini memiliki falsafah hidup demokratik iaitu dengan menjunjung tinggi falsafah bulek aia dek pambuluah, bulek kato dek mufakat. Nan bulek samo digolongkan, nan picak samo dilayangkan - "bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat". Dengan demikian pada masyarakat suku Chaniago semua keputusan yang akan diambil untuk suatu kepentingan harus melalui suatu proses musyawarah untuk muafakat.

Falsafah tersebut tercermin pula pada bentuk seni bina rumah adat bodi Chaniago yang ditandai dengan tidak terdapatnya anjuang pada kedua sisi bangunan Rumah Gadang. Hal tersebut menandakan bahwa tingkat kasta seseorang tidak membuat perbezaan perlakuan antara yang tinggi dengan yang rendah. Hal yang membezakan tinggi rendahnya seseorang pada masyarakat suku Chaniago hanyalah dinilai dari besar tanggungjawab yang dipikul oleh orang tersebut. [perlu rujukan]

Salah satu falsafah lain untuk mencari kata kesepakatan dalam mengambil keputusan pada suku Chaniago adalah aia mambasuik dari bumi ("air membasuh dari bumi") ertinya suara yang harus didengarkan adalah suara yang datang dari bawah atau suara itu adalah suara rakyat kecil, baru kemudian dirembukkan dalam sidang musyawarah untuk mendapatkan sebuah kata muafakat barulah pimpinan tertinggi baik raja maupun penghulu yang menetapkan keputusan tersebut.[perlu rujukan]

Pecahan Suku[sunting | sunting sumber]

  1. Sumagek
  2. Mandaliko
  3. Panyalai
  4. Payobadar

Gelar Datuk Suku Chaniago[sunting | sunting sumber]

Di antara gelar datuk suku ini adalah:

  • Datuk Rajo Pangulu
  • Datuk Manjinjiang Alam
  • Datuk Bandaro Sati
  • Datuk Rajo Alam
  • Datuk Kayo
  • Datuk Paduko Jalelo
  • Datuk Rajo Perak
  • Datuk Paduko Amat
  • Datuk Saripado Marajo
  • Datuk Pangulu Basa
  • Datuk Tan Basa
  • Datuk Rangkayo Kaciak
  • Datuk Malintang Bumi
  • Datuk Bando Sati
  • Datuk Lingkau Bulan
  • Datuk Talanan Sati
  • Datuk Jo Endah
  • Datuk Kalimandaro
  • Datuk Patiah

Tokoh[sunting | sunting sumber]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]