Pergi ke kandungan

Sulaiman Md Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sulaiman bin Md Ali
سليمان مد علي
Ketua Menteri Melaka ke-12
Dalam jawatan
9 Mac 2020  31 Mac 2023
GabenorMohd Khalil Yaakob
(2020)
Mohd Ali Rustam
(2020–2023)
Didahului olehAdly Zahari
Digantikan olehAb Rauf Yusoh
Kawasan pilihan rayaLendu
Timbalan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan, Hal Ehwal Agama, Warisan, Belia dan Pelancongan)
Dalam jawatan
14 Mei 2013  11 Mei 2018
GabenorMohd Khalil Yaakob
Ketua MenteriIdris Haron
AhliIdris Haron
Didahului olehIsmail Othman
(Kewangan, Tanah dan Perancangan Ekonomi)
Amirudin Yusof
(Pelaburan)
Mohd Yazed Khamis
(Hal Ehwal Agama)
Chua Kheng Hwa
(Warisan dan Pelancongan)
Ab Rahman Ab Karim
(Belia)
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Kawasan pilihan rayaLendu
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Lendu
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului oleh
Majoriti2,503 (2013)
627 (2018)
3,104 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2013–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Sulaiman bin Md Ali

(1965-12-20) 20 Disember 1965 (umur 60)
MelakaMalaysia Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganMunira M Yusop
Anak3
PekerjaanAhli politik

Sulaiman bin Md Ali (Jawi: سليمان بن مد علي; lahir 20 Disember 1966)[1] merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Lendu sejak Mei 2013. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dari Mac 2020 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2023, serta sebagai Ahli EXCO Timbalan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Ketua Menteri Idris Haron dari Mei 2013 hingga kejatuhan pentadbiran negeri BN pada Mei 2018.[2] Beliau merupakan ahli, Setiausaha Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Bahagian Masjid Tanah bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.[3]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ketua Menteri Melaka (2020–2023)

[sunting | sunting sumber]

Percubaan menjatuhkan beliau dan Pilihan Raya Negeri Melaka 2021

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Oktober 2021, bekas Ketua Menteri Melaka dan ADUN Sungai Udang, Idris Haron bersama tiga lagi ADUN mengisytiharkan hilang kepercayaan serta sokongan terhadap beliau sebagai Ketua Menteri dan mendakwa bahawa kerajaan negeri telah tumbang. Namun begitu, kerajaan negeri kekal mentadbir kerana Sulaiman tidak meletakkan jawatan sebagai ketua menteri dan tidak tewas melalui usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Melaka. Susulan itu, Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan pada hari yang sama berikutan kehilangan majoriti sokongan dalam dewan, manakala kerajaan negeri beliau kekal berfungsi dalam kapasiti kerajaan sementara sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk selepas Pilihan raya negeri Melaka 2021 pada 20 November 2021. Dalam pilihan raya tersebut, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dengan majoriti dua pertiga di dewan apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN. Beliau kekal sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan baharu. Pada keesokan harinya, Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.[4]

Perletakan jawatan

[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Mac 2023, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam serta memaklumkan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Pada 30 Mac 2023, Ahmad Zahid menamakan Ab Rauf Yusoh, Pengerusi BN Negeri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara sebagai pengganti beliau. Pada 31 Mac 2023, Ab Rauf telah mengangkat sumpah dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 yang baharu.[5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Munira M Yusop dan mempunyai tiga orang anak.[2][3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Melaka[6][7][8][9][10]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N04 Lendu Sulaiman Md Ali (UMNO) 5,009 66.65% Asri Shaik Abdul Aziz (PAS) 2,506 33.35% 7,613 2,503 86.04%
2018 Sulaiman Md Ali (UMNO) 4,016 46.87% Ridhuan Affandi Abu Bakar (PPBM) 3,389 39.56% 8,701 627 84.07%
Arshad Mohamad Som (PAS) 1,163 13.57%
2021 Sulaiman Md Ali (UMNO) 4,486 63.88% Abdullah Mahadi (BERSATU) 1,382 19.68% 7,023 3,104 66.50%
Mohamad Asri Ibrahim (PKR) 1,155 16.45%
  1. "ADUN Lendu Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Baharu Melaka". 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  2. 1 2 "ADUN Lendu calon Ketua Menteri Melaka ke-12?". 8 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  3. 1 2 "Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka baharu". 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  4. "PRN Melaka: Sulaiman Md Ali selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13" [Melaka state election: Sulaiman Md Ali was sworn in as the 13th Chief Minister of Melaka]. Bernama. Astro Awani. 21 November 2021. Dicapai pada 21 November 2021.
  5. Lynelle Tham (1 April 2023). "Meet Melaka's new chief minister". Free Malaysia Today. FMT Media Sdn Bhd. Dicapai pada 1 April 2023.
  6. "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  7. "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  8. "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  9. "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  10. "N.04 LENDU". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
  11. 1 2 3 "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  12. "Tun Mohd Ali conferred Darjah Seri Paduka Setia Melaka Award". Bernama. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 1 Oktober 2020.
  13. "Tun Mohd Ali terima Darjah Seri Paduka Setia Melaka". Berita Harian. 24 Ogos 2020. Dicapai pada 1 Oktober 2020.
  14. "Zahid leads Malacca honours list". Roshidi Abu Samah. New Straits Times. 8 October 2015. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  15. "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
  16. "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2012" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
  17. "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2002" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Didahului oleh
Adly Zahari
Ketua Menteri Melaka ke-12
2020–2023
Diikuti oleh:
Ab Rauf Yusoh