Sulaiman Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Sulaiman Samad merupakan ahli politik UMNO Selangor. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kawasan Paya Jaras, Selangor.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sulaiman menjadi ADUN Paya Jaras selama satu penggal dengan memenangi kerusi atas tiket Barisan Nasional (BN) apabila menewaskan calon PAS, Abd Majid Hasan dalam pilihan raya negeri Selangor 1999 dengan majoriti 3,127 undi .Sebelum itu Adun Paya Jaras ialah Datuk Saidin Tamby (BN).[1]

Sulaiman Samad mengikuti jejak Zaid Ibrahim hadir dalam majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malahan Sulaiman turut berucap di atas pentas PKR di Sungai Buluh.Walau bagaimanapun beliau tidak pula dipecat dari UMNO.[2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mei 2010, Sulaiman Samad meninggal dunia pada usia 58 tahun selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor . Dia dibawa ke Pusat Perubatan Putra Sungai Buloh. ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus memaklumkan bahawa Sulaiman mengalami masalah sesak nafas dan menghidapi penyakit kencing manis.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]