Sulaiman bin Bulon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Sulaiman bin Bulon.jpg
Sulaiman bin Bulon

Sulaiman bin Bulon merupakan ahli Parlimen Malaysia, kawasan Bagan Datoh setelah menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969.

Beliau berasal dari Lambor Kiri, Perak. Mulanya jadi Penghulu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak .Kemudian bertanding DUN dan dapat jadi Timbalan Menteri Besar Perak. Kemudian bertanding peringkat Parlimen atau Dewan Rakyat dan dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian. Tidak lama kerana ada kes mahkamah kerana menjamin orang tak bayar hutang. Masa itu Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman tegas, menteri tak boleh ada kes mahkamah, jika ada, kena lucut jawatan. Menteri mesti bebas dari segala beban.

Berita Harian pada 25 Januari 1971 melaporkan Sulaiman Bulon selaku ahli parlimen Bagan Datoh telah menang dalam pertandingan parti UMNO yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Sumun, Bagan Datoh . Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Bagan Datoh sejak 1963.[1]