Sulaiman bin Yasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abu Ayyub Sulaiman bin Yasar al-Madani al-Hilali adalah ulama terkenal dari kumpulan tabi'in, dan salah satu daripada Tujuh Fuqaha Madinah.[1][2][3] Beliau dianggarkan lahir sekitar masa akhir kekhalifahan Uthman bin Affan. Beliau adalah maula (bekas hamba) daripada Maimunah binti Al-Harith, salah satu daripada isteri-isteri Nabi Muhammad.[4] Sulaiman bin Yasar mempunyai seorang saudara yang bernama Ata' bin Yasar, yang juga seorang ulama yang dihormati.[4]

Sulaiman bin Yasar meriwayatkan banyak hadis dari Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ummu Salamah, dan lain-lain.[4] Said bin Al-Musayyab sering menasihatkan kepada para peminta fatwa untuk bertanya kepada Sulaiman bin Yasar, yang disebutnya sebagai ulama yang paling berpengetahuan.[4] Beliau juga merupakan salah seorang guru utama daripada Imam Az-Zuhri dan Imam Malik.[3][4]

Sulaiman bin Yasar meninggal dunia pada usia 73 tahun, pada tahun 107 H/725 M, walaupun ada yang berkata pada tahun 100 H atau 94 H.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Prof. A. Qodri Azizy, Ph.D. Reformasi Bermazhab: Sebuah Ikhtiar Menuju Ijtihab Sesuai Saintifik-Modern. Teraju Mizan. m/s. 28-29. 
  2. ^ Habib Nazir, Muhammad Hasanuddin (2004). Ensiklopedi Ekonomi dan Perbankan Syariah. Kaki Langit. m/s. 358. ISBN 9789799908100, 9799908108. 
  3. ^ a b Umar F. Abd-Allah (2013). Mālik and Medina: Islamic Legal Reasoning in the Formative Period. BRILL. m/s. 42-43. ISBN 9789004247888, 9004247882. 
  4. ^ a b c d e f Abu al-Abbas Ahmad bin Muhammad bin Khalikan (1842). Ibn Khallikan's Biographical Dictionary. diterjemahkan oleh William MacGuckin de Slane. Oriental Translation Fund. m/s. 586-587.