Sulaiman bin Abdul Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sulayman ibn Abd al-Malik)
Sulaiman bin Abdul Malik
سُلَيْمَان ٱبْن عَبْد الْمَلِك
Dinar emas ditempa di bawah pemerintahan Sulaiman, mungkin di Damsyik, pada 715/716
Khalifah ketujuh Kerajaan Bani Umaiyah
Pemerintahan24 Februari 715 – 24 September 717
Didahului olehAl-Walid I
Diikuti olehUmar
Keputeraanc. 675
Madinah, Kerajaan Bani Umaiyah
Kemangkatan24 September 717 (aged c. 42)
Dabiq, Kerajaan Bani Umaiyah
PemakamanDabiq
Isteri
  • Ummu Aban binti Aban bin al-Hakam bin Abi al-As
  • Ummu Yazid binti Abdullah bin Yazid I
  • Ummu Amr binti Abdullah bin Khalid bin Asid
  • Aisyah binti Abdullah bin Amr bin Uthman
  • Su'da binti Yahya bin Talhah bin Ubaydallah
  • Aisyah binti Asma binti Abdul Rahman bin al-Harith al-Makhzumiyyah
Anakanda
  • Ayyub
  • Dawud
  • Muhammad
  • Yazid
  • Abdul Wahid
  • Al-Qasim
  • Sa'id
  • Abdullah
  • Yahya
  • Al-Harith
  • Amr
  • Umar
  • Abd al-Rahman
Nama penuh
Sulaiman bin Abdul Malik bin Marwan
KerabatMarwan
DinastiUmaiyah
AyahandaAbdul Malik
BondaWallada bint al-Abbas
AgamaIslam

Sulaiman bin Abdul Malik (674-717) ialah khalifah Kerajaan Umaiyah yang ketujuh dan memerintah dari tahun 715 sehingga tahun 717. Beliau merupakan anak kepada Abdul Malik dan adik kepada khalifah sebelumnya iaitu Al-Walid I.

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Sulaiman dipercayai lahir di Madinah pada tahun 675. Ayahnya ialah Abdul Malik, merupakan khalifah kelima Bani Umaiyah manakala ibunya ialah Walladah binti al-Abbas.

Ketika zaman pemerintahan Abdul Malik, Sulaiman telah dilantik sebagai Gabenor Palestin. Beliau memegang jawatan itu sehingga pemerintahan khalifah seterusnya, Al-Walid. Ketika memegang jawatan ini, beliau telah membuka Ramallah sebagai pusat pentadbiran baharunya, menggantikan Ludd.

Pada mulanya, al-Hajjaj telah mencadangkan kepada al-Walid untuk menamakan anaknya, Abdul Aziz sebagai pewaris takhtanya, bertentangan dengan cadangan Abdul Malik yang lebih memilih Sulaiman sebagai pewaris takhta. Al-Walid telah meminta para gabenornya untuk memilih Abdul Aziz sebagai pengganti khalifah, namun hanya al-Hajjaj dan Qutaibah yang memberikan respon positif.

Al-Walid telah meninggal dunia pada Februari 715 tanpa sempat menamakan Abdul Aziz sebagai penggantinya. Sulaiman telah mendengar berita itu di rumahnya seterusya menggantikan al-Walid tanpa sebarang tentangan. Sulaiman telah dibaiah sebagai khalifah di Ramallah dan Damsyik, namun dia meneruskan pemerintahannya dari Ramallah.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Ketika awal pemerintahannya, Sulaiman telah menggantikan hampir semua gabenor lantikan al-Walid dan al-Hajjaj dengan gabenor yang setia kepadanya. Pemerintahannya juga telah menghadapi pemberontakan yang dilancarkan oleh Qutaibah, semasa mereka dalam misi ketenteraan di Ferghana. Qutaibah telah dibunuh oleh tentera yang diketuai Waki al-Tamimi. Sulaiman juga telah memanggil Muhammad ibn Qasim, penakluk Sindh lalu dibunuh di Wasit.

Sekitar tahun 715, beliau telah memecat Khalid al-Qasri, gabenor Mekah dan Uthman al-Murri, gabenor Madinah yang dilantik oleh al-Hajjaj. Khalid seterusnya digantikan oleh Abdul Aziz, seorang ahli keluarga Umaiyah. Sulaiman juga telah memecat Musa ibn Nusair, gabenor Ifrikiyah dan anaknya Abdul Aziz, gabenor al-Andalus. Musa telah dipenjarakan manakala Abdul Aziz telah dibunuh sekitar tahun 716. Beliau juga melantik Umar bin Abdul Aziz sebagai menteri kanannya.

Semasa pemerintahannya, misi ketenteraan Islam terhenti seketika. Tiada misi ketenteraan dijalankan di Transoxiana setelah kematian Qutaibah menyebabkan Umaiyah kehilangan beberapa wilayahnya. Tentera Khurasan di Ferghana juga diarahkan berundur ke Merv. Tentera Islam telah dihantar ke Jurjan dan Tabaristan seterusnya berjaya menduduki kawasan itu. Namun mereka terpaksa berundur semula setelah mendapat tentangan dari Farrukhan dan gabungan yang dibentuknya.

Sulaiman juga meneruskan operasi penaklukan Konstantinople, tetapi serangan yang dihantar ke Byzantium menemui kegagalan.

Beliau memerintah selama dua tahun lalu meninggal dunia di Dabiq pada September 717. Pada mulanya beliau menamakan anaknya Ayyub sebagai pewaris takhta namun Ayyub telah meninggal dunia pada awal 717. Seterusnya beliau berhasrat untuk menamakan anak lainnya, Daud sebagai penggantinya namun beliau telah dinasihati oleh Raja, seorang ulama untuk memilih Umar bin Abdul Aziz, sepupunya dan penasihatnya sebagai penggantinya.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sulaiman mempunyai empat orang isteri; seorang daripada mereka ialah ibu kepada Ayyub, Ummu Aban binti Aban. Isterinya yang lain termasuklah Ummu Yazid binti Abdullah, cucu kepada khalifah Yazid I, ibu kepada Yazid, al-Qasim dan Said. Yang ketiga ialah Aisyah binti Abdullah bin Amr, cicit kepada khalifah Uthman, ibu kepada Yahya dan Abdullah. Sulaiman juga berkahwin dengan Ummu Amru binti Abdullah, dikurniakan dua anak lelaki, Abdul Wahid dan Abdul Aziz.

Selain empat isteri itu, Sulaiman juga berkahwin dengan Su'dah binti Yahya, cucu Talhah ibn Ubaidillah dan Asma binti Abdul Rahman, dikurniakan dua orang anak. Daripada para gundiknya pula, Sulaiman dikurniakan beberapa anak lelaki termasuklah Daud, Muhammad, al-Harith, Umar dan Abdul Rahman. Secara keseluruhannya, Sulaiman dikurniakan 14 orang anak lelaki.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Sulaiman bin Abdul Malik
Tarikh keputeraan: 675 Tarikh kemangkatan: 24 September 717
Didahului oleh
Al-Walid I
Khalifah Islam
Kerajaan Bani Umaiyah

23 Februari 715 — 24 September 717
Diikuti oleh:
Umar bin Abdul Aziz