Sulaiman Court

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Suleiman Courts)
Sulaiman Court
سليمان کورت
Maklumat umum
JenisBangunan pangsapuri tinggi
Gaya seni bina
Modenisme
LokasiBatu Road,
(kini Jalan Tuanku Abdul Rahman),
Kuala Lumpur, Malaysia
Pembinaan bermula1957
Dianggarkan siap pada
1958

Sulaiman Court merupakan bangunan pangsapuri tinggi yang pertama di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan ini telah dibina atas arahan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, yang mengharapkan bangunan ini dapat menyediakan rumah mampu milik. Bangunan ini dinamakan sempena Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu menghampiri kemerdekaan rasmi daripada United Kingdom. Tunku Abdul Rahman berharap yang bangunan ini bukan sahaja lengkap, tetapi sudah diduduki, pada Hari Merdeka (pengisytiharan rasmi kemerdekaan) pada 31 August; bagaimanapun, pangsapuri pertama ini tidak diduduki sehinggalah Februari 1958.

Tiga blok (Blok A, Blok B dan Blok C) terletak di Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman), dan mempunyai 295 pangsapuri. Ia telah dirobohkan pada tahun 1986, untuk memberi ruang kepada kompleks membeli-belah Sogo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]