Sultan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mahmud dari Ghazni (kanan), Sultan pertama di dunia, berjabat tangan dengan seorang syeikh.
Muzium Seni Lukis Kontemporari Tehran

Sultan (Jawi/b. Arab: سلطان sulṭān) ialah gelaran Islam yang mempunyai beberapa maksud sejarah. Pada asalnya, perkataan ini ialah kata nama abstrak bahasa Arab yang bermaksud "kekuatan", "kuasa", atau "kedudukan pemerintah". Kemudian, perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah Islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik (iaitu tidak bergantung kepada sebarang pemerintah yang lebih tinggi), tanpa menuntuk jawatan khalifah pada keseluruhannya. Perkataan Sultan kemudian mempunyai beberapa maksud dalam konteks-konteks tertentu. Wangsa dan kawasan-kawasan yang diperintah oleh Sultan dipanggil Kesultanan (bahasa Arab: سلطنة).

Raja Islam yang memerintah di bawah syarat-syarat Syariah[sunting | sunting sumber]

Gelaran ini mempunyai kepentingan moral dan kuasa agama disebabkan peranannya ditakrifkan dalam al-Quran. Bagaimanapun, sultan bukannya guru agama pada dirinya. Dalam Empayar Rom Timur dan bidang tradisional dalam agama Kristian Ortodoks Timur, terdapat juga gelaran yang sepadan. Kedudukan yang mana pemerintah merupakan perpaduan antara gereja dengan negara diberikan nama Caesaropapisme. Pemerintah bukan Islam yang terakhir yang mempunyai kuasa yang setanding ialah Nicholas II, Tsar Rusia yang terakhir, walaupun secara rasmi (jika bukan secara praktik), Raja British merupakan penyatuan yang sama antara gereja dengan negara kerana baginda merupakan kedua-kedua ketua negara serta Gabernor Agung Gereja England. Bagaimanapun secara praktik, Ratu Elizabeth II hanya merupakan ketua gereja dan negara pada nama sahaja. Kini, status ini juga dipersoalkan disebabkan Putera Charles telah membayangkan bahawa beliau ingin memerintah sebagai 'pembela untuk semua agama', berbanding 'pembela untuk si agama'.

Pemerintah pertama yang menggunakan gelaran 'Sultan' ialah ketua Turkmen, Mahmud dari Ghazni, yang memerintah antara tahun 998 - 1030. Gelaran 'Sultan' kemudian menjadi gelaran yang biasa untuk pemerintah-pemerintah Turki Seljuk dan Turki Uthmaniyyah serta pemerintah-pemerintah Ayubid dan Mamluk di Mesir. Pada tempoh-tempoh kemudian, gelaran "Sultan" biasanya digunakan untuk isteri-isteri maharaja. Pengesahan rohaniah untuk gelaran ini dapat digambarkan dengan paling baik melalui fakta bahawa Kalifah Bayangan di Cairo menganugerahkan Murad I, pemerintah Empayar Turki Uthmaniyyah yang ketiga, dengan gelaran "Sultan" pada tahun 1383. Pemerintah-pemerintah yang lebih awal digelarkan Bey.

Pada peringkat-peringkat kemudian, pemerintah-pemerintah yang kurang penting menggunakan gelaran "Sultan", serupa dengan perintah-perintah keluarga diraja Maghribi yang lebih awal. Pada hari ini, hanya Sultan Oman, Sultan Brunei, dan sultan-sultan di bekas negeri-negeri Melayu yang kini merupakan sebahagian Malaysia, serta juga di Mindanao dan Jawa, masih menggunakan gelaran ini. Kawasan kekuasaan sultan digelarkan kesultanan. Raja perempuan, tengku ampuan, dan permaisuri Sultan digelarkan Sultanah.

Antara pemerintah-pemerintah keturunan moden yang ingin menekankan kuasa sekular mereka di bawah kedaulatan undang-undang, gelaran 'Raja' semakin digunakan sebagai gantian untuk gelaran 'Sultan'.

Gelaran majmuk[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, gelaran majmuk merupakan gelaran sekunder yang digunakan dalam puisi atau mempunyai maksud, umpamanya:

Bekas Sultan dan Kesultanan[sunting | sunting sumber]

Timur Tengah & Asia Tengah[sunting | sunting sumber]

Kesultanan-kesultanan Audhali, Aulaqi Atas, Aulaqi Bawah, Fadhli, Haushabi, Kathiri, Lahej, Mahra, Qu'aiti, Subeihi, Wahidi, Yafa Atas, Yafa Bawah,

Hami[sunting | sunting sumber]

"Hami" merupakan gaya tulen (biasa diterjemahkan sebagai "Sultan") untuk raja-raja Islam daripada keluarga pemerintah Oman dalam kedua-dua alamnya:

  • Kesultanan Oman, yang terletak di pantai selatan Semenanjung Arab, masih merupakan kesultanan yang bebas sejak tahun 1784, iaitu dua tahun sebelum keimaman hilang kuasa pada tahun 1786 (menggunakan gelaran "Sultan" secara rasmi pada tahun 1861)
  • Kesultanan Zanzibar terdiri daripada dua sultan (daripada wangsa Oman) sejak pemisahan de facto daripada Oman pada tahun 1806. Sultan yang kedua ini menggunakan gelaran "Sultan" pada tahun 1861, sewaktu pemisahan rasmi di bawah naungan kerajaan British; sejak tahun 1964, negara ini telah bersatu dengan Tanganyika yang merupakan sebahagian negara Tanzania.

Afrika Utara[sunting | sunting sumber]

Afrika Barat & Tengah[sunting | sunting sumber]

  • Cameroon:
    • Bamoun (Bamun): diasaskan melalui penyatuan 17 keketuaan pada abad ke-17, menjadi kesultanan pada tahun 1918, dan kemudian dibahagikan semula menjadi 17 keketuaan yang asal pada tahun 1923.
    • Bibemi: diasaskan pada tahun 1770, pemerintah-pemerintah mula-mulanya menggunakan gelaran Lamido tetapi bertukar gelaran beberapa kali dan akhirnya, menggunakan gelaran "Sultan"
    • Kesultanan Mandar sejak tahun 1715 (menggantikan kemaharajaan Wandala); menjadi sebahagian Cameroon pada tahun 1902
    • Kesultanan Rey Bouba yang diasaskan pada tahun 1804
  • di Republik Afrika Tengah:
  • di Niger: gelaran Arab alternatif untuk pemerintah-pemerintah asli yang berikut:
  • di Nigeria: kebanyakan rajanya mempunyai gelaran asli; ketika kebanyakan raja itu memeluk Islam, gelaran-gelaran Islam secara amnya diterimaguna, umpamanya Emir- Sultan.

Afrika Timur[sunting | sunting sumber]

Gelaran Sultan[sunting | sunting sumber]

Maliki[sunting | sunting sumber]

Maliki ialah gelaran asli alternatif (mungkin berasal daripada Malik, perkataan Arab untuk "Raja") untuk Sultan-sultan Kilwa Kisiwani di Tanganyika (kini sebahagian negara Tanzania)

Mfalume[sunting | sunting sumber]

Mfalume ialah gelaran (Ki)Swahili untuk berbagai-bagai pemerintah Islam asli dan secara amnya, diterjemahkan sebagai "Sultan" dalam bahasa Arab serta bahasa-bahasa Barat:

Sultani[sunting | sunting sumber]

Sultani ialah gelaran pemerintah asli di negeri Uhehe, Tanzania.

Kesultanan pulau Lautan Hindi[sunting | sunting sumber]

Sila lihat Kesultanan Comoros; terdapat banyak gelaran asli yang lain, termasuk Mfalme, Phany, dan Sultani tibe (satu gelaran 'hegemoni').

Timur Jauh[sunting | sunting sumber]

Di China, terdapat kesultanan di Dali, provinsi Yunnan, ibu kota untuk Pemberontakan Panthay yang berhayat pendek.

Kepulauan Melayu[sunting | sunting sumber]

Bagaimanapun, kebanyakan sultan adalah daripada negara-negara orang Melayu:

Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Kesultanan kini[sunting | sunting sumber]

Gelaran putera dan bangsawan[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem wangsa Turki Uthmaniyyah, keturunan lelaki untuk Padishah (juga dikenali di dunia Barat sebagai Sultan Agung) juga mempunyai gelaran 'Sultan' dan oleh itu, gelaran ini adalah sepadan dengan anak raja di dunia Barat: Daulatlu Najabatlu Shahzada Sultan (nama lahir) Hazretleri Effendi. Bagaimanapun, bagi bakal raja, gelarannya ialah Daulatlu Najabatlu Vali Ahad-i-Sultanat (nama lahir) Effendi Hazlatlari, iaitu Putera Mahkota kesultanan.

Anak-anak lelaki kepada Putera dan Puteri Wangsa Turki Uthmaniyyah yang tidak berlayak untuk pewarisan empayar hanya digelarkan sebagai Sultanzada (nama lahir) Bey-Effendi, yang bermaksud Anak Lelaki Putera/Puteri wangsa.

Di dalam negara-negara Islam yang tertentu, 'Sultan' merupakan gelaran bangsawan yang serupa dengan Kekhanan Astrakhan Tartar.

Pangkat tentera[sunting | sunting sumber]

Dalam sesetengah negeri selepas pemerintahan kekalifahan, terdapat sejenis hierarki tentera yang feudal (seringnya dalam empayar-empayar besar) yang menggunakan gelaran-gelaran diraja seperti Khan, Malik, dan Amir sebagai pangkat tentera.

Dalam Empayar Parsi, pangkat 'Sultan' adalah lebih kurang sama dengan Kapten di dunia Barat dan secara sosial, merupakan kelas pangkat ke-5.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Gelaran-gelaran Islam yang lain:

Sumber dan rujukan[sunting | sunting sumber]


Bentuk Kerajaan dan Kaedah Pemerintahan: Autokratik dan Autoritarian

Autokratik: Amiriah | Empayar | Faham kemutlakan berihsan | Kediktatoran | Kedespotan Keimaman | Kekhanan | Kesultanan | Kezaliman | Pemerintahan beraja mutlak (Kekalifahan) | Pemerintahan kuku besi | Gelaran raja yang lain

Autoritarian yang lain (koletif): Demokrasi tak liberal (de facto) | Kediktatoran tentera (biasanya Junta) | Negara fasis (umpamanya Nazisme) | Negara parti tunggal (Negara komunis) | Oligarki | Rejim peralihan