Sultan Abdul Momin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Momin
عبد المؤمن
Pemerintahan 18 November 1852 - 29 Mei 1885
Pendahulu Omar Ali Saifuddien II
Pengganti Hashim Jalilul Alam Aqamaddin
Pasangan Pengiran Anak Puteri Zubaidah
Nama penuh
Abdul Momin ibni Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Abdul Wahab
Ayahanda Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Abdul Wahab
Bonda Pengiran Anak Babu Siti Lawiyah
Keputeraan 1785
Bandar Brunei, Brunei
Kemangkatan 29 Mei 1885 (100 tahun)
Istana Kampong Ayer, Bandar Brunei, Brunei
Dimakamkan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana Sultan Abdul Momin ibni Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Abdul Wahab (1785 – 29 Mei 1885) ialah Sultan Brunei ke-24 dari 18 November 1852 sehingga 29 Mei 1885.

Baginda masyhur dengan sifat baginda yang adil, bijak, kuat beribadat dan berkeramat. Dipercayai baginda mempunyai seorang putera yang bernama Putera Shabuddin. Putera ini adalah hasil perkahwinan dengan isteri pertama baginda iaitu Pengiran Anak Fatimah ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam. Putera ini telah melarikan diri ke Borneo Utara (Sabah) atas faktor keselamatan. Putera ini juga membawa keris kedaulatan milik ayahandanya.

Pada tahun 1853, baginda membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai hak-hak kekuasaan kedua belah pihak. Pada tahun 1856, baginda membuat perjanjian dengan Inggeris mengenai perbicaraan rakyat Inggeris yang melakukan kesalahan jenayah dan pertelingkahan di Brunei.

Pada tahun 1858, Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh terbunuh setelah dilemaskan oleh pengkhianat-pengkhianat. Pada tahun 1877, baginda membuat perjanjian dengan Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent mengenai pemajakan ke atas wilayah-wilayah Brunei di Sabah.

Pada tahun 1884, baginda menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Anak Hashim menyerang Limbang kerana penderhakaan berlaku di sana. Kemudiannya pemberontakan dapat diamankan. Pada tahun 1885, baginda membuat pengisytiharan untuk mengamanatkan supaya wilayah-wilayah Brunei termasuk Limbang tidak diserahkan kepada kuasa-kuasa asing. Pada 29 Mei 1885, baginda mangkat dalam usia lebih 100 tahun.

Baginda dimakamkan di Kubah Makam Diraja, dan diganti oleh Pengiran Temenggong Pengiran Anak Hashim oleh kerana baginda tiada zuriat.

Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
18521885
Penyandang Kemudian
Omar Ali Saifuddin II Hashim