Pergi ke kandungan

Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdullah Mu’tassim Billah Shah
Sultan Pahang Darul Makmur Ke XXXI
Haji Sir Abdullah al-Muhtassim Billah Shah
Sultan Pahang Darul Makmur
Pemerintahan19 Jun 1917 - 22 Jun 1932
Didahului olehSultan Mahmud Shah II
Diikuti olehSultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah
Pemangku rajaTengku Abu Bakar
KeputeraanTengku Abdullah Ibni Tun Ahmad
(1874-10-12)12 Oktober 1874
Istana Diraja, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan22 Jun 1932(1932-06-22) (umur 57)
Istana Kuning, Pekan, Pahang
Pemakaman23 Jun 1932
Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang, Pahang
Pasangan3 orang
Isteri
  • Che Endut
  • Sultanah Che Kalsum Binti Tun Abdullah
  • Che Wan Chantik Binti Wan Mouhamaed Ammin
Anakanda1,Tengku Abdul Rahman (1902-1917),

2,Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah, 3,Tengku Haji Sir Mahmud - Tengku Bendahara Pahang, 4,Tengku Haji Abdul Aziz - Tengku Temenggung Pahang (1955-1967), 5,Tengku Haji Ahmaedd - Tengku Temenggung Pahang, Tengku Panglima Perang Pahang (1967-2000), 6,Tengku Ismail, 7,Tengku Haji Husain, 8,Tengku Haji Abdul Ghanie, 9,Tengku Abdul Khalid Sultan Abdullah - Tengku Panglima Besar Pahang, 10.Tengku Haji Abdul Hammid, 1.Tengku Rokiah, 2.Tengku Wok Zaharah, 3.Tengku Long Hamidah, 4.Tengku Kechik Kamariah, 5.Tengku Aminah, 6.Tengku Aishah,

7.Tengku Maimunah
Nama penuh
Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah
Nama selepas mangkat
Marhum Paduka
AyahandaAhmad al-Mu’azzam Shah ibni Bendahara Sri Maharaja Tun Ali
BondaCik Kusuma Sokma binti Tok Minal Daeng Koro
AgamaIslam
ahli Kerabat Diraja Pahang

Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah adalah Sultan Pahang moden ke-3.

Baginda diputerakan pada hari Khamis, 12 Oktober 1874 Masihi bersamaan 25 Syawal 1296 Hijrah di istana ayahandanya dan bondanya Cik Kusuma Sokma binti Tok Minal Daeng Koro di Istana Diraja, Pekan Lama.

Baginda merupakan putera ketiga Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Bendahara Sri Maharaja Tun Ali. Baginda telah dilantik menaiki takhta kerajaan Negeri Pahang setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah.

Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah pada bulan Mei 1919, di Balairung Seri Istana Seri Terentang, Pekan dengan penuh istiadat.

Baginda juga amat meminati seni dan budaya di mana semasa pemerintahan Baginda, kegiatan seni dan budaya seperti joget dan gamelan sangat giat diadakan.

Kegiatan sukan dan permainan tradisional Melayu juga sering diadakan seperti lumba perahu, menuba, memburu dan silat. Sultan Abdullah telah mangkat di Istana Kuning pada Rabu, 22 Jun 1932, jam 8:25 malam.

al-Marhum Baginda dimakamkan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Sebelum al-Marhum Baginda dimakamkan, Yang Dipertua Adat Istiadat Negeri Pahang telah mengisytiharkan perlantikan putera Baginda, Tengku Abu Bakar iaitu Tengku Mahkota Pahang dilantik sebagai Sultan.

Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah Shah ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah mangkat dengan meninggalkan tiga orang isteri iaitu Che Endut, Sultanah Che Kalsum binti Tun Abdullah dan Che Wan Chantik binti Wan Mohd Amin dengan sepuluh orang putera dan tujuh orang puteri.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Mahmud Shah
Sultan Pahang Moden ke-III
1917-1932
Diikuti oleh:
Sultan Abu Bakar




Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.