Sultan Abu Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Abu Abdullah ialah sultan Champa yang memerintah selepas kekalahan Kesultanan Champa kepada Vietnam pada tahun 1471. Di Vietnam, beliau dipanggil Wan Bo atau Bo Tri-Tri. Beliau putera kepada Sayyid Ali Nurul Alam, Perdana Menteri Majapahit II yang berpusat di Kelantan dan cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, seorang waliyullah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh terkenal di Alam Melayu.

Keturunan Sultan Abu Abdullah hanya dapat memerintah Champa selama 4 generasi sahaja sehingga kepada cicitnya, Wan Daim atau Ba Tranh. Pada tahun 1684, Champa tewas dalam peperangan menentang Vietnam sehingga 10,0000 orang menjadi pelarian termasuk Raja Champa sendiri, Nik Ibrahim (Po Nrop) dan para bangsawan Champa. Pelarian-pelarian ini melarikan diri ke Kelantan dan kemudiannya menetap di Kg Brek Bak, Kemboja.

Keturunan Sultan Abu Abdullah[sunting | sunting sumber]

Keturunan Sultan Abu Abdullah kebanyakannya menjadi tokoh terkenal atau pemerintah. Antaranya ialah Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah bin Sultan Abu Abdullah yang terkenal kerana mengasaskan Kesultanan Banten dan Kesultanan Ceribon. Seorang lagi puteranya yang menjadi pemerintah terkenal ialah Sultan Babullah, sultan Ternate yang pernah menewaskan Portugis di Maluku.

Sultan Champa Dari Keturunan Sultan Abu Abdullah[sunting | sunting sumber]

  • Sultan Abu Abdullah (Wan Bo)-(1471-1578)
  • Nik Mustafa (Po Rome)-(1578-1637)
  • Nik Ibrahim (Po Nrop)-(1637-1684)
  • Wan Daim (Ba Tranh)-(1684-1692)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Suzana Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad (2006). Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu. Crescent News (KL) Sdn. Bhd. ISBN 983-3020-01-1.