Sultan Ahmad Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Ahmad, Kelantan)
Sultan Ahmad Tengah
Sultan Kelantan Darul Naim
Pemerintahan1886-1890
Didahului olehSultan Muhammad II
Diikuti olehSultan Muhammad III
KeputeraanKota Bharu, Kelantan Darul Naim
Anakanda
  • Long Kundur
  • Long Mahmud
  • Long Salleh
  • Long Sulaiman
  • Long Yusoff
  • Long Abdullah
AyahandaLong Senik Mulut Merah
AgamaIslam

Nama asal baginda ialah Tengku Long Sulong, iaitu putera sulong Sultan Muhammad II. Baginda lebih dikenali dengan nama Sultan Ahmad Tengah. Baginda menaiki takhta pada tahun 1886[1] menggantikan ayahandanya Sultan Muhammad II. Sebelum itu dilantik oleh Siam sebagai Gabenor Kelantan dengan gelaran Phraya Rajadipati Putrapurutravisesa Pradisvara Rajanarubadindra Surindra Ravivamsa (Phraya Ratsathibodi Butburutphiset Prathetsaratchanarubodin Surintharawiwangsa) pada 14 Jun 1869 merangkap Raja Kelantan (Pewaris Takhta Pertama). Pihak Siam kemudian mengiktirafnya sebagai Sultan Kelantan yang sah. Pada 1887, baginda membina Istana Jahar.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Baginda dilaporkan mempunyai 9 orang isteri dan dikurniakan 12 orang putera dan 13 orang puteri. putera dan puteri baginda adalah:-

  1. Long Kundur (Sultan Muhammad III)
  2. Long Mansur (Sultan Mansur)
  3. Tengku Long Muhammad Saleh (Tengku Temenggong)
  4. Tengku Besar Long Muhammad Mahmud (Tengku Sri Maharaja)
  5. Tengku Long Sulaiman (Tengku Sri Pekerma Raja) dianugerahi gelaran Phra Rajanukara Prasidha (Phra Rachanukarn Prasit) oleh Raja Siam.
  6. Tengku Besar Long Muhammad Yusuf (Tengku Besar Indra Raja)
  7. Tengku Chik Tuan Abdullah (Tengku Bendahara)
  8. Tengku Long Muhammad Patani
  9. Tengku Long Idris @ Aris (Tengku Petra Semerak) dianugerahi gelaran Phra Negararatta Nararaksha (Phra Nakaret Noraraks) oleh Raja Siam
  10. Tengku Ibrahim
  11. Tengku Abdul Kadir Tuan Kob
  12. Tengku Abdul Rahman (Tengku Sri Ismara Raja)
  13. Tengku Putih
  14. Tengku Biru
  15. Tengku Besar Maimunah
  16. Tengku Besar Ning Aminah
  17. Tengku Maryam (Tengku Kembang Petri)
  18. Tengku Tengah
  19. Tengku Merah
  20. Tengku Zubaidah
  21. Tengku Yah (Sofiah)
  22. Tengku Wok Jamilah
  23. Tengku Kalsum (Tengku Bongsu)
  24. Tengku Zainab[2]

Baginda turut berbesan dengan Long Mansor Bin Long Demor (Tengku Sri Maharaja) yang memerintah timur Kelantan:

  1. Tengku Salleh (putera Long Mansor) berkahwin dengan Tengku Kembang (puteri Sultan Ahmad)
  2. Tengku Besar (putera Sultan Ahmad) berkahwin dengan Tengku Kalsom (puteri Long Mansor)

Perkahwinan ini dipercayai bermotif politik dan ada kaitan dengan usaha-usaha untuk menyatukan kerabat diraja Kelantan.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmad mangkat pada 27 Februari 1889.[3]

Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1886 – 1889
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad II Sultan Muhammad III

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Shahril Talib (2003). History of Kelantan : 1890 - 1940. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9839961489.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shahril Talib, ms 37.
  2. ^ Shahril Talib, ms 38.
  3. ^ Shahril Talib, ms 37.