Pergi ke kandungan

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sultan Ahmad Shah)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Sultan Pahang Moden ke-5
Pemerintahan 8 Mei 1974 - 11 Januari 2019
Pendahulu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Pengganti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Raja Muda Tengku Abdullah
Pasangan Tengku Ampuan Afzan (k. 1954; m. 1988)
Sultanah Kalsom (k. 1991; b. 2019)
Anakanda
Tengku Meriam
Tengku Muhaini
Tengku Aishah Marcella
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Abdul Rahman
Tengku Nong Fatimah
Tengku Shahariah
Tengku Fahad Mua’adzam Shah
Nama penuh
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Tempat persemayaman Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang
Ayahanda Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah
Bonda Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Keputeraan (1930-10-24)24 Oktober 1930
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia[1]
Dimakamkan 23 Mei 2019
Makam Diraja Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang
Agama Islam Sunni

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (Jawi: سلطان حاج احمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بكر رعاية الدين المعظم شاه; 24 Oktober 1930 – 22 Mei 2019) merupakan Sultan Pahang Moden kelima dari 8 Mei 1974 sehinggalah baginda turun takhta pada 11 Januari 2019. Setelah itu, baginda dikurniakan gelaran Paduka Ayahanda. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh, memerintah Malaysia dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.

Baginda merupakan paduka anakanda ketiga dan paduka putera tunggal kepada KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah dengan KDYMM Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah.

Kehidupan awal كهيدوڤن اول

[sunting | sunting sumber]

Tengku Ahmad Shah telah diputerakan pada jam 12:00 tengah hari, 24 Oktober 1930 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah, Sultan Pahang III,[2] di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baginda turut belajar asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.

Kegemaran كڬمارن

[sunting | sunting sumber]

Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.

Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 1984. Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.

Pewaris takhta ڤواريث تخت

[sunting | sunting sumber]

Ketika pemerintahan paduka nenda baginda, Tengku Ahmad berada dalam tempat kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan Pahang, di hadapan paduka ayahandannya. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1932 dan diganti oleh paduka ayahandanya, baginda berada tempat pertama dalam susur galur pewarisan takhta. Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Tengku Ahmad dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia Kedua, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.[3]

Pada tahun 1965, baginda diangkat menjadi pemangku raja apabila paduka ayahandanya berangkat ke luar negara selama dua bulan.[4]

Pemerintahan ڤمرينتهن

[sunting | sunting sumber]

Sultan Pahang سلطان ڤهڠ

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmad Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Pahang moden yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 8 Mei 1975.

Yang di-Pertuan Agong يڠ دڤرتوان اڬوڠ

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmad Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketujuh menggantikan Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.

Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي

[sunting | sunting sumber]

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah kemudian mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.

Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik menjadi Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pertama pada Februari 1983.

Kegeringan كڬريڠن

[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda.

Turun takhta تورون تخت

[sunting | sunting sumber]

Baginda menyerahkan takhta kepada paduka putera baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun bagi membenarkan paduka putera baginda layak menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan Sultan Muhammad V turun takhta.[5]

Kemangkatan كمڠكتن

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mei 2019, Istana Pahang melaporkan Paduka Ayahanda telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8:50 pagi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur setelah gering sekian lama.[6] Baginda dimakamkan bersebelahan pusara isteri Baginda, Tengku Ampuan Afzan di Makam Diraja Pahang, berdekatan dengan Masjid Abu Bakar di Pekan, Pahang.[7]

Kerabat Sultan قرابة سلطان

[sunting | sunting sumber]
Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Anakanda Mereka Cucunda Mereka
Yang Amat Mulia Tengku Meriam (1955-04-01) 1 April 1955 (umur 69) Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang 24 April 1976 - bercerai Tengku Dato’ Sri Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
Yang Amat Mulia Tengku Muhaini (1956-10-31) 31 Oktober 1956 (umur 67) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 22 Januari 1981 - bercerai Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra
Yang Amat Mulia Tengku Aishah Marcella (1957-11-13) 13 November 1957 (umur 66) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 23 Oktober 1980 - bercerai & 2 Julai 1987 - kini Tunku Kamil Ikram bin Tunku Abdullah & Dato’ Muhammad Johan bin Dato’ Muhammad Yusuf Tunku Kaiyisah binti Tunku Kamil Ikram
Tun Putra Ahmad Aizuddin Shah bin Dato’ Muhammad Johan
Putri Afzan Shakira Nabila binti Dato’ Muhammad Johan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (1959-07-30) 30 Julai 1959 (umur 65) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 6 Mac 1986 - kini Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Tengku Amir Nasser Ibrahim (Anakanda Angkat)
Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat 24 Julai 1990)
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah
Tengku Puteri Iman Afzan
Tengku Puteri Ilisha Ameera
Tengku Ilyana
Tengku Adam Ibrahim Shah
Tengku Sulaiman Abdullah Shah
Tengku Zayn Edin Shah
Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman (1960-08-23) 23 Ogos 1960 (umur 64) Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang 27 Julai 2002 Che Puan Julita Aishah binti Abdul Latiff & Che Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip Tengku Eddie Akasya
Tengku Ahmad Firman Shah
Tengku Ameera Asya
Tengku Armaan Alam Shah
Yang Amat Mulia Tengku Nong Fatimah (1962-09-04) 4 September 1962 (umur 62) Dato’ Haji Muhammad Moiz
Yang Amat Mulia Tengku Shahariah (1964-09-12) 12 September 1964 (umur 60) Baharim
Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mua’adzam Shah (1994-02-10) 10 Februari 1994 (umur 30)

Rujukan kehormat, gelaran, darjah kebesaran dan lambang رجوكن كحرمت، ڬلرن، درجه كبسرن دان لامبڠ

[sunting | sunting sumber]

Rujukan kehormat dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
  • 24 Oktober 1930 – 23 Jun 1932: Yang Mulia Tengku Ahmad ibni Tengku Mahkota Abu Bakar
  • 23 Jun 1932 – 25 Mei 1944: Yang Amat Mulia Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 25 Mei 1944 – 8 Mei 1974: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 8 Mei 1974 – 6 Mei 1975: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 6 Mei 1975 – 26 April 1979: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 26 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-7, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 25 April 1984 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang V Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • 11 Januari 2019 – 22 Mei 2019: Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
  • Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا ڤدوک سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله ابن المرحوم سلطان ابو بکر رعاية الدين المعظم شاه

Kurniaan Pahang كورنياءن ڤهڠ

[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Malaysia كورنياءن مليسيا

[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Negara Luar كورنياءن نڬارا لوار

[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan اينستيتوسي ڤنديديقن

[sunting | sunting sumber]

Bangunan, Jambatan dan Jalan raya باڠونن، جمبتن دان جالن راي

[sunting | sunting sumber]

Lain-lain لاين-لاين

[sunting | sunting sumber]

Keturunan كتورونن

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga ليهت جوݢ

[sunting | sunting sumber]

Rujukan رجوكن

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Agong's father, former Pahang Sultan, dies at age 88". The Star Online. Dicapai pada 22 May 2019.
  2. ^ "Sejarah Kesultanan Melayu Pahang". Berita Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  3. ^ "Sultan Ahmad Shah serah takhta lepas 45 tahun". Utusan Online. 12 Januari 2019. Dicapai pada 22 Mei 2019.
  4. ^ "Sultan Pahang ka-luar negeri". NewspaperSG. Berita Harian. 10 Februari 1965. Dicapai pada 23 Mei 2019.
  5. ^ "Sultan Ahmad Shah serah takhta selepas 45 tahun pemerintahan". Kosmo! Online. 12 Januari 2019. Dicapai pada 22 Mei 2019.
  6. ^ Mohd. Shariza Abdullah (22 Mei 2019). "Sultan Haji Ahmad Shah mangkat". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2019.
  7. ^ "Sultan Ahmad Shah laid to rest at Pekan Royal Mausoleum". The Star Online. Dicapai pada 23 May 2019.
  8. ^ "SAIJ". www.saij.gob.ar. Dicapai pada 14 January 2019.
  9. ^ "Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-03. Dicapai pada 2014-05-23. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "malay2". www.royalark.net. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  11. ^ https://unipsas.edu.my/ Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic University

Pautan luar ڤاوتن لوار

[sunting | sunting sumber]
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Yahya Petra
(Sultan Kelantan)
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7
26 April 1979 - 25 April 1984
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar
(Sultan Johor)
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
Sultan Pahang
8 Mei 1974 - 11 Januari 2019
Diikuti oleh:
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah