Sultan Ahmad ibni Sultan Zainal Abidin II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Ahmad Muazzam Shah I ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah II atau Sultan Ahmad Shah II, dikenali dengan gelaran Marhum Parit selepas kemangkatan baginda, (mangkat pada 13 Muharam 1246 H/4 Julai 1830 M)[1] ialah Sultan Terengganu keempat dan putera kepada Sultan Zainal Abidin II dengan Che Puan Besar Wan Zainab anak Bendahara Indera Bongsu kerajaan Johor-Riau-Lingga. Baginda memerintah dari tahun 1808 sehingga tahun 1830.[2].

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Baginda berkahwin dengan:

Putera-puteri Baginda terdiri daipada:

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat pada 4 Julai 1830 dan dimakamkan di Makam Paya Bunga (kini dikenali sebagai Makam Sheikh Ibrahim) dan digantikan oleh adindanya, Sultan Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin[2].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 155.
  2. ^ a b c Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 92-95

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
  • Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)


Penyandang Terdahulu Sultan Terengganu
ke-4
Penyandang Kemudian
Sultan Zainal Abidin II Sultan Abdul Rahman Shah