Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ialah seorang sultan Kedah. Baginda pertama kali berkahwin dengan Wan Fatimah lalu mendapat seorang putera dinamakan Tunku Abdullah. Tunku Abdullah kemudiannya telah ditabalkan menjadi Raja Muda Kedah. Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Che Arshid. Melalui perkahwinan ini, baginda dikurniakan dua orang anakanda. Anakanda yang sulung, Sultan Zainal Rashid, ialah pengganti sultan dan yang kedua pula merupakan seorang puteri yang diberi nama Tunku Chik. Tunku Chik kemudiannya berkahwin dengan Bendahara Pahang, Tun Mutahir Bendahara Seri Maharaja.

Isteri-isteri[sunting | sunting sumber]

  1. Wan Fatimah
  2. Che Arshid

Anakanda[sunting | sunting sumber]

  1. Tunku Abdullah (oleh Wan Fatimah)
  2. Sultan Zainal Rashid (oleh Che Arshid)
  3. Tunku Chik (oleh Che Arshid)