Pergi ke kandungan

Sultan Ahmaddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Ahmadduddein Shah
Sultan Perak XVIII
Sultan Perak
Pemerintahan1786 – 1806
Didahului olehSultan Alauddin Mansur Shah
Diikuti olehSultan Abdul Malik Mansur Shah
Raja Muda Perak
Raja Di-Hulu Perak
Raja Di-Hilir Perak
Kemangkatan1806
Nama penuh
Raja Chik Ahmad Uddin Durrah ibni Sultan Muhammad Muhayat Shah
Nama diraja
Sultan Ahmaddin Shah
Nama selepas mangkat
Marhum Bongsu
KerabatPerak
AyahandaSultan Muhammad Muhayat Shah I
AgamaIslam

Sultan Ahmaddin Shah ibni Sultan Muhamad Shah (Jawi: سلطان احمددين شاه ابن سلطان محمد شاه) ialah Sultan Perak ke-18 yang memerintah dari tahun 1786 sehingga tahun 1806.

Lahir sebagai Raja Chik Ahmadduddin Durrah Shah, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda pada 1786. Sekitar 1805, Sultan Ibrahim Shah dari Selangor telah datang melanggar Perak. Selepas kemangkatannya pada 1806, baginda diwarisi pula putera sulungnya Raja Abdul Malik. Baginda telah dimakamkan di Bota, Negeri Perak.

Keturunan yang berpanjangan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmaddin Shah merupakan Sultan Perak yang mempunyai keturunan yang berpanjangan memerintah Perak sehingga sekarang. Biarpun baginda memerintah 20 tahun sahaja tetapi keturunan baginda berpanjangan memerintah Perak sehingga kini. Sultan Perak sekarang Sultan Nazrin Muizzudin Shah merupakan keturunan Sultan Ahmaddin Shah kelapan.[perlu rujukan]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda
Sultan Perak
1786-1806
Diikuti oleh:
Sultan Abdul Malik Mansur Shah

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]