Sultan Assaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi
Sayyid Ali | |
---|---|
Sultan Siak Sri Inderapura | |
Pemerintahan | 1791 – 1811 |
Nama penuh | Sultan Sayyid Ali Abdul Jalil Saifuddin |
Gelaran | Yang Dipertuan Besar Siak |
Pendahulu | Sultan Yahya |
Pengganti | Sultan Sayyid Ibrahim |
Ayahanda | Sayyid usman |
Bonda | Tengku Embung Badariyah binti Sultan Alammudin bin Raja Kecik |
Sultan Assaidis Asyarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin Baalawi merupakan sultan ketujuh dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda memerintah dari tahun 1784 sehingga 1810. Baginda merupakan abang dari Sultan Syarif Abdurrahman (Sultan Pelalawan 1) dan kemenakan dari Sultan Muhammad Ali, Yang Dipertuan Besar Siak.[1]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Tengku Sayyid Ali merupakan putera dari Sayyid Osman al-Syaikh 'Ali Ba' Alawi, yang berkahwin dengan Tengku Embong Badariah binti Sultan Alammudin Syah yang bermakna ia adalah keturunan Raja Kecil. Beliau adalah sosok raja yang progresif, jujur dan adil. Beliau berjaya meningkatkan kemakmuran kerajaan dan pakar dalam penyediaan organisasi ketenteraan. Organisasi, disiplin serta kemampuan di bidang ketenteraan terus-menerus disempurnakannya. Beberapa panglima terkenal di masanya ialah Panglima Besar Sayid Abdurrahman (Adik beliau yang kelak menjadi Sultan Pelalawan I), Tengku Besar Sayyid Achmad dan Datuk Laksamana Raja Dilaut.[2]
Kemajuan Siak
[sunting | sunting sumber]Baginda merupakan Sultan Siak yang pertama yang mempunyai darah kacukan Arab dan bergelar Sayed Syarif. Pada pemerintahan Sultan VII inilah Kerajaan Siak mencapai puncak kejayaannya.
Pusat pemerintahan dipindahkan dari Mempura ke seberang sungai iaitu Kota Tinggi yang kelak dikenal dengan bandar Siak Sri Inderapura. Di ibu negara baru ini dibina benteng sebagai persiapan menghadapi segala kemungkinan dengan Belanda.[3]
Pengembangan Wilayah
[sunting | sunting sumber]Selepas merasa kuat, beliau merancang untuk memperluaskan wilayah Siak. Kemudian berlakulah penaklukan terhadap wilayah-wilayah di pantai timur Sumatra yang dikenali dengan jajahan 12 meliputi: Kota Pinang, Pagarawan, Batubara, Bedagai, Kualuh, Panai, Bilah, Asahan, Serdang, Langkat, Temiang, dan Deli. Selain itu beliau juga berjaya mengembalikan Kubu, Bangko dan [Tanah Putih ke dalam kuasa Siak sebagaimana pada masa Raja Kecil. Kemudian persekutuan Tapung Kiri dan Tapung Kanan memilih berdamai dan mengakui kedaulatan Sultan Siak kerana tidak mungkin bagi mereka untuk menandingi keunggulan Siak.[4]
Di samping itu, Sultan Syarif Ali juga mengetuai serangan ke atas Kesultanan Sambas di Kalimantan Barat dan berjaya menaklukkan ibu kota tetapi tidak untuk masa yang lama. Sebagai bukti penaklukan, di Sambas kini masih terdapat sebuah kampung bernama Kampung Siak. Selain itu, di Siak ada barang yang dibawa dari Sambas seperti piring, senjata dan lain-lain. Didapati juga bahawa ada persamaan antara Tenunan Siak dengan Sambas. Semenjak itu, Sambas membayar ufti tahunan kepada Siak berupa bunga perak.[5] Selepas pulang dari Sambas, armada Siak dikerahkan untuk menyerang Kesultanan Pelalawan. Adiknya, Panglima Besar Sayid Abdurrahman ditabalkan sebagai sultan di sana disamping sebagai Raja Muda di Siak. Adiknya yang lain Sayyid Ahmad diangkat sebagai panglima besar berkedudukan di Tebing Tinggi untuk menguasai daerah-daerah sekitarnya, selanjutnya ia dikenali dengan Tengku Panglima Besar Tebing Tinggi.[6]
Akhir Hayat
[sunting | sunting sumber]Sultan Syarif Ali meletak jawatan sebagai sultan pada tahun 1811, kemudian secara sukarela menyerahkannya kepada puteranya, Tengku Ibrahim. Setelah mangkat beliau bergelar Marhum Kota Tinggi[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Timothy P. Barnard, Texts, Raja Ismail and Violence: Siak and the Transformation of Malay Identity in theEighteenth Century, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 331-342.
- ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
- ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
- ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
- ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
- ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
- ^ Muchtar Luthfi, Sejarah Riau, Percetakan Riau - Pekanbaru (1977), pp. 251-253.
Senarai kepustakaan
[sunting | sunting sumber]- Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
- Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
- Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura
Didahului oleh Sultan Yahya |
Sultan Siak Sri Inderapura 1791 - 1811 |
Diikuti oleh: Sultan Sayyid Ibrahim |