Sultan Ataullah Muhammad Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sultan Ataullah Muhammad Shah II adalah Sultan Kedah ke-16. Baginda merupakan putera kepada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Che’ Sepa Chandra

Pada 2 Mei 1688, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-16 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang

Baginda menyerahkan Kota Indera Kayangan kepada Dato’ Andika Raja untuk menjagakannya

Baginda memerintahkan Dato’ Seri Maharaja Putera Dewa untuk melawat seluruh jajahan Kedah, mengambil tahu hal rakyat, memberi nasihat dalam hal pertanian dan pertukangan serta memberi idea bagi kerja mendatangkan keuntungan dalam negeri

Pada 17 November 1698, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Bukit Pinang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Sultan Dziaddin Mukarram Shah
Sultan Kedah
1687-1698
Diikuti oleh:
Sultan Abdullah Mu'adzam Shah