Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hashim Jalilul Alam Aqamaddin
هاشم جليل العالم أقام الدين
 Brunei
Pemerintahan 30 Mei 1885 - 10 Mei 1906 (21 tahun)
Pendahulu Abdul Momin
Pengganti Muhammad Jamalul Alam II
Pasangan Raja Isteri Pengiran Anak Siti Fatimah
Pengiran Anak Chandra Kesuma
Anakanda
Pengiran Muda Besar Omar Ali Saifuddin
Pengiran Muda Tengah
Pengiran Muda Bongsu Muhammad Jamalul Alam
Pengiran Anak Siti Zubaidah
Pengiran Anak Mohammad Salleh
Pengiran Anak Abdul Razak
Pengiran Anak Siti Rauyah
Pengiran Anak Siti Mariam
Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Haji Kamis
Pengiran Anak Safar
Pengiran Anak Sabtu
Pengiran Anak Metusin Kula
Pengiran Anak Saliha
Pengiran Anak Muhammad Arshad Duman
Pengiran Anak Ismail Apong
Pengiran Anak Untong
Pengiran Anak Jaga
Pengiran Anak Rabaha
Pengiran Anak Tuah
Pengiran Anak Mahmud
Nama penuh
Hashim Jalilul Alam Aqamaddin ibni Omar Ali Saifuddien II
Ayahanda Omar Ali Saifuddien II
Bonda Zaidah binti Pengarah Di-Gadong Laman Awang Sulaiman
Keputeraan 1825
Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Bandar Brunei, Brunei
Kemangkatan 10 Mei 1906 (81 tahun)
Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Bandar Brunei, Brunei
Dimakamkan Kubah Makam Diraja
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddien II (1825 - 10 Mei 1906) ialah Sultan Brunei ke-26 yang memerintah dari tahun 1885 hingga 1906. Sebelum naik takhta, baginda dikenali dengan nama Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Anak Hashim.

Pada tahun 1887, baginda menulis surat permohonan kepada British untuk mengadakan seorang Residen British di Limbang, tetapi permohonan itu ditolak kerana memakan perbelanjaan yang tinggi. Pada 17 September 1888, Sultan Hashim membuat perjanjian dengan pihak British untuk meletakkan hal ehwal luar negeri Brunei di bawah pentadbiran British.

Pada 1903, Sultan Hashim mengutus surat kepada Sultan Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid, kerana Limbang (wilayah Brunei ketika itu) telah dirampas oleh Charles Brooke pada tahun 1890. Namun pihak British telah mendapati surat tersebut dan dirampas.

Pemerintahan baginda turut menyaksikan satu laporan iaitu LAPORAN MACARTHUR yang telah dibuat oleh Malcolm MacArthur pada tahun 1904, yang mana antara kandungan laporan tersebut ialah keadaan Brunei pada ketika itu dan beliau mencadangkan supaya Brunei berada di bawah naungan British demi menyelamatkan beberapa wilayah-wilayah Brunei yang tinggal daripada dirampas oleh Sarawak.

Pada 3 Disember 1905, baginda memeterai Perjanjian Tambahan Perlindungan British ke atas Brunei dan menerima Sistem Residen di Brunei. Baginda mangkat pada 10 Mei 1906, dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei. Baginda diganti oleh Pengiran Muda Bongsu Muhammad Jamalul Alam.

Didahului oleh
Abdul Momin
Sultan Brunei
1885–1906
Diikuti oleh:
Muhammad Jamalul Alam II