Sultan Ibrahim Shah, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Zilu'llah fil'Alam Khalifat ul-Muminin ibni al-Marhum Yam Tuan Muda Raja Bajau atau nama asalnya, Raja Ibrahim atau Putera Raja Bajau (mangkat 16 Februari 1685), ialah Sultan Johor ke-9 pada bermula pada 1677 sehingga kemangkatan beliau pada tahun 1685. Beliau merupakan anak Raja Banjau ibni Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dilantik sebagai Sultan Pahang di Pahang pada 1677.

Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 16 Februari 1685 lalu digelar Marhum Bongsu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-9
1677 – 1685
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Jalil Shah III Sultan Mahmud Shah II