Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I
Sultan Perak ke-XXVIII
Perak Darul Ridzuan
Pemerintahan 29 Julai 1887 - 14 Januari 1916
Pendahulu Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
Pengganti Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah
Raja Muda Raja Abdul Jalil Nasirudddin Muhtaram Shah
Pasangan Raja Nuteh Aishah binti Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah Ghafirullah
Anakanda
lagi...
Nama penuh
Sultan Idris Murshidul Adzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja
Kediaman Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Ayahanda Raja Bendahara Alang Iskandar ibni al-Marhum Raja Kecil Tengah Ahmad
Bonda Che’ Ken Uda Sari binti Panglima Dalam Abdul Rahman
Keputeraan (1849-06-19)19 Jun 1849
Kuala Keboi, Kampar, Perak, Negeri Melayu Bersekutu, British Malaya
Kemangkatan 14 Januari 1916(1916-01-14) (umur 66)
Istana Negara, Kuala Kangsar, Perak
Dimakamkan 1917
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Agama Islam

Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja, GCMG GCVO merupakan Sultan Perak yang ke-28. Baginda merupakan putera kepada Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Marhum Teja ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Baginda telah diputerakan di Kuala Keboi, Kampar pada tahun 1849. Baginda juga merupakan seorang yang cerdik pandai. Baginda bersaudara sepupu dengan Sultan Abdullah Muhammad Shah II.

Menjadi Hakim[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1875, semasa Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Sultan Perak, baginda berumur 26 tahun. Di masa perselisihan antara Sultan Abdullah Muhammad Shah II dengan Residen British J.W.W. Birch, baginda menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah Muhammad Shah II kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke. Pada tahun yang sama, baginda telah dilantik oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi hakim dan kemudian menjadi hakim besar pula.

Raja Bendahara dan Raja Muda[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1877, baginda telah dilantik menjadi Raja Bendahara dan pada hujung tahun yang sama baginda telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Pada 7 Oktober 1886 bersempena dengan pertabalan Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah, baginda diangkat menjadi Raja Muda Perak.

Mencemar duli ke London[sunting | sunting sumber]

Sultan Idris Shah I (kanan), ditemani oleh Raja Chulan (kiri) di Parlimen, London, 1906.

Ketika baginda berjawat sebagai hakim pada tahun 1884, baginda telah berangkat ke London, United Kingdom bersama-sama dengan Sir Hugh Low dan Raja Mansur ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II bertujuan mengambil balik alat-alat kebesaran kerajaan Negeri Perak yang dibawa oleh orang-orang Inggeris untuk disimpan selepas huru-hara Perang Perak dari tahun 1875 hingga ke 1876.

Pada tahun 1902, baginda berkenan mencemar duli ke United Kingdom untuk menghadiri Pemahkotaan Raja Edward VII dan Permaisuri Alexandra, berangkat tiba di kota London pada awal bulan Jun,[1] dan melanjutkan keberadaan baginda sehingga musim luruh untuk menghadiri istiadat yang telah dijadual semula berikutan kegeringan Raja.

Sultan yang adil[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 1887, Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah pun mangkat dan baginda akhirnya dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-28 bergelar Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah (atau lebih dikenali sekarang sebagai Sultan Idris Shah I). Baginda bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ketika itu, baginda berumur 38 tahun. Sir Hugh Low masih memegang jawatan Residen British di Negeri Perak.

Lagu Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1888, baginda berangkat sekali lagi ke England bersama-sama Sir Hugh Low dan Raja Ngah Mansur atas undangan Ratu Inggeris, Ratu Victoria. Semasa berada di England, Raja Ngah Mansur berusaha dengan persetujuan Sultan Idris mencipta Lagu Kebangsaan Negeri Perak berasal daripada lagu 'Terang Bulan'. Lagu ini mula diketengahkan pada 5 April 1889 dalam istiadat pertabalan baginda di Kuala Kangsar.

Negeri yang maju[sunting | sunting sumber]

Dalam pemerintahan baginda, Negeri Perak bertambah maju, pekan-pekan semakin banyak dibuka. Hasil bijih timah dari daerah Kinta banyak dikeluarkan. Ladang-ladang getah semakin banyak dibuka di seluruh Negeri Perak. Bilangan penduduk Negeri Perak menjadi bertambah ramai sehingga berjumlah lebih daripada dua ratus ribu orang.

Pada bulan Mac 1900, baginda berkenan merasmikan Jambatan Victoria, sebuah jambatan kereta api laluan tunggal terletak di Karai, Perak. Jambatan kereta api ini merupakan antara yang tertua di Malaysia. Ia telah dibina antara bulan Disember 1897 dan bulan Mac 1900 oleh Kereta Api Negeri Perak untuk melintasi Sungai Perak untuk industri perlombongan timah tempatan.

Durbar[sunting | sunting sumber]

Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah

Pada tahun 1895, dengan persetujuan Ke bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan negeri Perak, Selangor, Pahang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri itu dijadikan sebuah persekutuan negeri-negeri dinamakan 'Negeri-Negeri Melayu Bersekutu'. Persekutuan ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Julai 1896, dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut 'Durbar'. Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell, Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis 'Durbar' yang pertama telah diadakan di Istana Negara, istana rasmi baginda di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897.

Ngah Jabor[sunting | sunting sumber]

Pahlawan Perak serta pengasas daerah Kampar, Perak iaitu Ngah Jabor merupakan adik-beradik sesusu dengan baginda.

Masjid Ubudiah[sunting | sunting sumber]

Masjid Ubudiah kini.

Pada tahun 1911, baginda telah jatuh gering. Oleh demikian, baginda telah bernazar untuk membina sebuah masjid seandainya baginda sembuh. Tidak lama kemudian, penyakitnya beransur sembuh. Untuk melaksanakan nazarnya, baginda telah menitah Kolonel Huxley untuk mereka bentuk masjid itu. Pada tahun 1917, masjid itu pun siap dibina dan dinamakan sebagai Masjid Ubudiah. Namun hasrat Sultan Idris Shah I untuk melihat masjid baginda siap tidak kesampaian apabila baginda mangkat setahun sebelum masjid itu siap.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Setelah memerintah selama 29 tahun, baginda pun mangkat pada 14 Januari 1916 pada usia 66 tahun. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Baginda bergelar Marhum Rahmatullah. Takhta kerajaan telah diambil alih oleh paduka putera baginda Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah.

Gelaran, darjah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dilantik sebagai Honorary Knight Commander Darjah St Michael dan St George (KCMG) pada tahun 1892 dan menerima Honorary Knight Grand Cross Darjah St Michael dan St George (GCMG) pada 27 April 1901, atas persediaan lawatan diraja Duke dan Duchess Cornwall dan York yang akan datang (kemudian Raja George V dan Permaisuri Mary).[2]

Baginda digelar secara rasmi sebagai:

  • 7 Oktober 1886 - 29 Julai 1887: Yang Amat Mulia Raja Idris bin Raja Alang Iskandar, Raja Muda Negeri Perak Darul Ridzuan
  • 29 Julai 1887 - 14 Januari 1916: Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah I ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja GCMG GCVO, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-XXVIII
  • Nama diraja: Sultan Idris Shah I
  • Anumerta: Marhum Rahmatullah

Ahli kaum kerabat[sunting | sunting sumber]

Baginda memiliki 7 raja permaisuri dan telah dikurniakan 19 orang paduka putera dan 17 orang paduka puteri.[3][4]

Nama Keputeraan Kemangkatan Perkahwinan
Raja Nuteh Aishah binti Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah Ghafirullah
DYMM Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah 23 April 1869 26 Oktober 1918 DYMM Che’ Yong Sapiah binti Muhammad Yunus
DYMM Raja Nuteh Zahra (Jahrah) binti Almarhum Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah Nabiallah
YM Raja Lee Mardziah binti Raja Kulop Muhammad Kramat
Hajjah Noriah
Tengku Permaisuri Che Haji Ngah Uteh Mariah Haji Sulaiman
Raja Haji Harun al-Rashid kira-kira 1882 10 Mei 1845 Raja Mahtra binti Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah
Hajjah Zubaidah binti Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah
Sareah Dato Ahmad
Halimah Zaidah Haji Mat Saman
Zaharatul Ain Mae Chaloi
Cik Puan Teh
Shahrome
Tengku Raudhah
Sharifa Asiah Sayyid Hassan
Bee
Zirah
YAM Raja Kechil Kamariah Kulsum 1884 20 Mac 1940 YAM Raja Sir Chulan ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’llah Muhammad Shah Habibu’llah
YAM Raja Abdul Rashid 1889 24 November 1958 Raja Lun Zubaidah Raja Lope Ahmad
Rafidah Bt Uda Maamor
Maheran Abdullah
Raja Kimas bt Raja Chulan
Raja Halima
Aminah Awang
Sharifah Rukiah Syed Kassim
YAM Raja Zainab binti Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah al-Kaddasullah
Raja Puan Kecil Aishah Raja Haji Saidin
YAM Raja Haji Shuib 1893 23 Februari 1974 Baishah Jeragan Abdul Shukor
Raja Teh Noriah
Cik Itam Zinobah @ Yong Arbaayah binti Ngah Nordin
Tengku Putih Aishah
DYMM Raja Khalija 3 Mac 1895 29 Mac 1948 Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa
YAM Raja Haji Shahruddin 1897 13 April 1965 Cik Zainazat Abdullah
Raja Zubaidah Raja Haji Mahmud
DYMM Raja Fatimah 1899 8 April 1983 Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
YAM Raja Badariya kira-kira 1900 13 April 1965 YAM Tengku Umar ibni Almarhum Sultan Sir Ahmad Muazzam Shah
YAM Raja Arbiah kira-kira 1900
DYMM Raja Halija kira-kira 1900 Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Toh Puan Besar Che Ngah Manah binti Manda Duwayat
Raja Abdul Hamid 1869 23 Januari 1897 Halimah Zaidah Haji Mat Saman
YAM Raja Ngah Khadija Halima 1875 13 November 1938 YAM Raja Mansur ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah
Sultan Iskandar Shah Disember 1918 14 Ogos 1938 Raja Puteh Umi Kalsom binti Almarhum Raja Kulop Muhammad Kramat
YAM Tengku Nong Fatima
Ngah Manah binti Mande Duwayat
Puteh Salah Puteh binti Abdullah
Raja Puteh Kelsome
Intan
Toh Puan Besar Che Ngah Manah binti Manda Duwayat
YAM Raja Puteh Mahijah kira-kira 1854-1906 YM Raja Ngah Abu Bakar bin Raja Umar
YAM Raja Puteh Mahiyah kira-kira 1854-1910 Raja Kecil Tengah Haji Johor
Toh Puan Besar Che Ngah Manah binti Manda Duwayat
YAM Raja Mahtra kira-kira 1858-1918 7 November 1966
Sharifah Alawiyah
Sharifah Maheran

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:Cite newspaper The Times
  2. ^

    Anda mesti menentukan issue=, startpage=, dan date= apabila menggunakan {{London Gazette}}. Parameter tersedia: Templat:London Gazette/doc/parameterlist

  3. ^ "Sultan Idris Murshid al-Azzam Shah [Sultan Perak ke-28 1887-1916]". Geni.com. Dicapai pada 18 Oktober 2017. 
  4. ^ "PERAK13". The Royal Ark (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Oktober 2017. 
Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar
Dinasti Siak
Tarikh keputeraan: 19 Jun 1849 Tarikh kemangkatan: 14 Januari 1916
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
Sultan Perak
1887-1916
Diikuti oleh:
Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah
Didahului oleh
Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
Raja Muda Perak
1886-1887
Diikuti oleh:
Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah
Didahului oleh
'
Raja Bendahara Perak
1877-1886
Diikuti oleh:
'