Sultan Iskandar Dzulkarnain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Iskandar Zulkarnain)

Sultan Iskandar Dzulkarnain Inayat Shah l ialah Sultan Perak yang dipertuan ke-15 yang telah memerintah mulai 1752 sehingga 1765 kendati sudah tidak memiliki wewenang secara politik lagi.[1][2] Baginda merupakan sultan yang terkenal dalam lirik lagu Cempaka Sari yang bersempena dengan nama pusat pentadbiran negeri Perak.

Didahului oleh
Sultan Muhamad Shah
Sultan Perak
1752-1765
Diikuti oleh:
Sultan Mahmud Shah II

Berakhirnya zaman bendahara keturunan Megat Terawis[sunting | sunting sumber]

Zaman baginda merupakan penamat kepada keturunan Megat Terawis sebagai bendahara Perak. Pada zaman baginda ketika pembinaan pusat pentadbiran Perak iaitu Cempaka Sari ataupun Inderasakti, Bendahara Megat Abu Kasim yang merupakan Bendahara Perak ketika itu, telah meletakkan jawatan sebagai Bendahara Perak daripada keturunan Megat Terawis dengan menyerahkan baur kebesaran bendahara, sebab perletakkan jawatan Bendahara Megat Abu Kasim ialah kerana beliau tidak bersetuju dengan keadaan pusat pentadbiran Perak iaitu Inderasakti yang kurang sesuai.[[:]] Perletakkan Jawatan Bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri jawatan Bendahara yang semenjak turun-temurun disandang oleh keturunan Megat Terawis. Semenjak perletakkan jawatan bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri era Megat Terawis, dan jawatan bendahara pada zaman Sultan Iskandar Zulkarnain dan selepas zaman baginda dipegang oleh yang bukan keturunan dari Megat Terawis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Raja Chulan (1991). Misa Melayu. Pustaka Antara. ISBN 9679372421.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Menyelesaikan bab Perak : Akhirnya sampai ke Makam Sultan Iskandar Zulkarnain". Radzie Sapiee. Radzie Sapiee. 2010. Dicapai pada 28 November 2010.
  2. ^ Raja Chulan, 1991, ms 1

Pautan luar[sunting | sunting sumber]