Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Ismail Petra)
Jump to navigation Jump to search
Sultan Ismail Petra
Sultan Kelantan Ke-28
Kelantan Darul Naim
Pemerintahan 30 March 1979 – 13 September 2010
Pendahulu Sultan Yahya Petra
Pengganti Sultan Muhammad V
Raja Muda Tengku Muhammad Faris Petra
Pasangan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid (k. 1968)
Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad (k. 2007; c. 2010)
Anakanda
Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
Nama penuh
Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Tempat persemayaman Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan
Ayahanda Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Bonda Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra
Keputeraan (1949-11-11)11 November 1949
Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya
Kemangkatan 28 September 2019(2019-09-28) (umur 69)
Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan
Dimakamkan 28 September 2019
Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan
Agama Islam Sunni

Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (11 November 1949 - 28 September 2019) merupakan Sultan Kelantan Darul Naim Ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.

Keputeraan dan pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada hari Jumaat 11 November 1949 bersamaan dengan 19 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah putera tunggal dan putera bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra membesar bersama empat orang kekanda iaitu Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra memulakan pengajian di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas bahasa Inggeris. Baginda mendapat anugerah Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 8 Januari 2002 dalam bidang Sains Politik.

Perkahwinan dan Anakanda[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra telah berkahwin dengan Raja Perempuan Kelatan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid pada tanggal 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama, Kota Bharu dan Istiadat persandingan Diraja telah dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 12 Mac 1969 mengikut adat istiadat raja-raja Kelantan yang turun temurun.

Baginda telah dianugerahi empat orang cahaya mata dengan Tengku Anis iaitu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Istana rasmi baginda terletak di Kubang Kerian dan dikenali sebagai Istana Mahkota.

Baginda juga mempunyai isteri kedua, Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad, yang dinikahinya pada 23 Disember 2007.[1]

Dilaporkan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra telah memfailkan permohonan untuk pengesahan perceraiannya daripada isteri keduanya, Che Puan Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah pada 9 Mac 2010.

Seterusnya, Ketua Pendaftar Rayuan Syariah / Mahkamah Tinggi, Abu Bakar Abdullah Kutty menjelaskan bahawa Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra tidak memfailkan saman perceraian terhadap isteri keduanya Elia Suhana Ahmad. Sebaliknya, Abu Bakar Abdullah Kutty berkata individu yang tidak dikenali dengan nama Nik Rorhana Wan Abdul Rahman dinamakan sebagai plaintif dalam petisyen perceraian yang difailkan pada hari Selasa.

"Saya ingin menjelaskan bahawa Sultan tidak memfailkan writ itu tetapi sebaliknya ia telah difailkan bagi pihaknya." "Berdasarkan undang-undang Syariah kami telah menerima saman itu dan ia akan sampai kepada mahkamah untuk memutuskan perkara itu". "Saya harus membuat perkara yang jelas seperti yang dilaporkan dalam media bahawa Sultan telah memfailkan writ secara peribadi yang benar-benar tidak benar," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Balai Islam, Lundang Khamis.

Pemerintahan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yanya Petra telah dikurniakan dengan gelaran YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 oleh Almarhum ayahanda Baginda Sultan Yahya Petra sewaktu Baginda mencapai usia 18 tahun, dan ditabalkan sebagai YTM Tengku Mahkota sempena dengan sambutan hari ulang tahun keputeraan Baginda Sultan Yahya Petra yang ke-58 pada tahun 1968.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-28 menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Yahya Petra yang mangkat semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 pada 29 Mac 1979. Pada 30 Mac 1980, Sultan Ismail Petra yang ketika itu berusia 31 tahun telah dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Baginda dimahkotakan oleh YBM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Ahmad ibni Almarhum Tengku Long Abdul Ghafar.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang sering gering menyebabkan baginda tidak dapat menjalankan daripada tugas mentadbir negeri menyebabkan anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra naik tahkta sebagai Sultan Kelantan yang baharu menggantikan baginda.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009. Kerajaan negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan baginda. Panel pakar memutuskan baginda masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas memerintah negeri.

Pada 25 Mei 2009, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua. Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun pada 13 September 2010, Sultan Ismail Petra telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan tidak mengikut Perlembagaan. Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat pada pukul 8:11 pagi, hari Sabtu 28 September 2019 dalam usia 69 tahun, di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Baginda dimakamkan bersebelahan makam ayahanda Baginda, Sultan Yahya Petra di Makam Diraja Langgar, berdekatan dengan Masjid Langgar di Kota Bharu, Kelantan.

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 11 November 1949 - 10 Julai 1960 : (Yang Amat Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Tengku Yahya Petra
  • 10 Julai 1960 - 11 November 1967 : (Yang Amat Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra
  • 11 November 1967 - 21 September 1975 : (Yang Teramat Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 21 September 1975 – 30 March 1979 : (Yang Maha Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 30 Mac 1979 – 13 September 2010 : (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan
  • 13 September 2010 - 28 September 2019 : (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:[3]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Recipient (DK, 11 November 1967) and Grand Master of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master (since 30 Mac 1979) of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)
  • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Knight Grand Commander (SJMK) and Grand Master (since 30 Mac 1979) of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (Al-Ismaili Star)
  • My-KEL Order of Loyalty to the Crown of Kelantan.svg Knight Grand Commander (SPSK) and Grand Master (since 30 Mac 1979) of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan (Al-Ibrahimi Star)
  • National Order of Scientific Merit - Commander (Brazil) - ribbon bar.png Grand Master of the Order of the Noble Crown of Kelantan (Al-Yahyawi Star, since 30 Mac 1979)
  • MY-KEL Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior - PYGP.svg Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP, since 30 Mac 1979)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain[sunting | sunting sumber]

Penghargaan negara-negara asing[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan Penyandang Kemudian
Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Muhmmad V