Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sultan Ismail Petra
Al-Sultan Kelantan
Kelantan-Ismail II.jpg
Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra
Sultan Kelantan ke-28
Pemerintahan 30 March 1979 – 13 September 2010
Kemahkotaan 30 March 1980
Didahului oleh Sultan Yahya Petra
Diikuti oleh Sultan Muhammad V
Menteri Besar Dato' Bentara Kanan Mohamed bin Yaacob
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Keputeraan Tengku Ismail Petra ibni Tengku Yahya Petra
(1949-11-11) 11 November 1949 (umur 68)
Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya
Pasangan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid (k. 1968)
Cik Puan Elia Suhana Binti Ahmad (k. 2007; c. 2010)
Anakanda Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
Nama penuh
Tengku Ismail Petra ibni Tengku Yahya Petra
Nama diraja
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Ayahanda Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Bonda Tengku Zainab Binti Tengku Muhammad Petra
Agama Islam Sunni
Kerabat Diraja Kelantan
Lambang peribadi Sultan Kelantan.png

KDYMM Sultan Muhammad V, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Duli Yang Maha Mulia Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra (diputerakan pada 11 November 1949) ialah merupakan Sultan Kelantan Darul Naim ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Kehidupan dan pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada 11 November 1949 bersamaan dengan 20 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu. Baginda adalah putera tunggal dan bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhum Raja Perempuan Zainab II.

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mempunyai empat kekanda iaitu Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra memulakan pengajian di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas bahasa Inggeris. Baginda mendapat anugerah Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 8 Januari 2002 dalam bidang Sains Politik.

Perkahwinan dan Anak[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra telah berkahwin dengan Raja Perempuan Kelatan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid pada tanggal 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama, Kota Bharu dan Istiadat persandingan Diraja telah dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 12 Mac 1969 mengikut adat istiadat raja-raja Kelantan yang turun temurun.

Baginda juga mempunyai isteri kedua, Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad, yang dinikahinya pada 23 Disember 2007 tetapi telah bercerai pada 9 Mac 2010.[1]

Baginda telah dianugerahi empat orang cahaya mata dengan Tengku Anis iaitu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra, kini (Sultan Kelantan), Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, kini (Tengku Mahkota Kelantan), Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra dan Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Istana rasmi baginda terletak di Kubang Kerian dan dikenali sebagai Istana Mahkota.

Pemerintahan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yanya Petra telah dikurniakan dengan gelaran YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 oleh Almarhum ayahanda Baginda Sultan Yahya Petra sewaktu Baginda mencapai usia 18 tahun, dan ditabalkan sebagai YTM Tengku Mahkota sempena dengan sambutan hari ulang tahun keputeraan Baginda Sultan Yahya Petra yang ke-58 pada tahun 1968.

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra telah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke-28 menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Yahya Petra yang mangkat semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 pada 30 Mac 1979. Pada 30 Mac 1980, Sultan Ismail Petra yang ketika itu berusia 31 tahun telah dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Baginda dimahkotakan oleh YBM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Ahmad Ibni Almarhum Tengku Long Abdul Ghafar.

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra yang sering gering menyebabkan baginda tidak dapat menjalankan daripada tugas mentadbir negeri menyebabkan anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra naik tahkta sebagai Sultan Kelantan yang baharu menggantikan baginda.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sultan Ismail Petra telah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009. Kerajaan negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan baginda. Panel pakar memutuskan baginda masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas memerintah negeri.

Pada 25 Mei 2009, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua. Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun pada 13 September 2010, Sultan Ismail Petra telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan tidak mengikut Perlembagaan. Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Sultan Ismail Petra
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 11 November 1949 - 10 Julai 1960 : (Yang Amat Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Tengku Yahya Petra
  • 10 Julai 1960 - 11 November 1967 : (Yang Amat Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra
  • 11 November 1967 - 21 September 1975 : (Yang Teramat Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 21 September 1975 – 30 March 1979 : (Yang Maha Mulia) Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 30 Mac 1979 – 13 September 2010 : (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan
  • 13 September 2010 - kini : (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Ptera

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Sebagai Sultan Kelantan (sejak 30 Mac 1979):[2]

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Recipient (DK, 11 November 1967) and Grand Master of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master (since 30 Mac 1979) of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)
  • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Knight Grand Commander (SJMK) and Grand Master (since 30 Mac 1979) of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (Al-Ismaili Star)
  • My-KEL Order of Loyalty to the Crown of Kelantan.svg Knight Grand Commander (SPSK) and Grand Master (since 30 Mac 1979) of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan (Al-Ibrahimi Star)
  • National Order of Scientific Merit - Commander (Brazil) - ribbon bar.png Grand Master of the Order of the Noble Crown of Kelantan (Al-Yahyawi Star, since 30 Mac 1979)
  • MY-KEL Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior - PYGP.svg Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP, since 30 Mac 1979)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain[sunting | sunting sumber]

Penghargaan negara-negara asing[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan Penyandang Kemudian
Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Muhmmad V