Sultan Mansur, Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama asal baginda ialah Long Mansor iaitu putera Long Ahmad dan merupakan adinda Long Kundor. Baginda menaiki takhta pada tahun 1891 dan memerintah sehingga tahun 1899.[1].

Di antara pembesar-pembesar negeri yang berpengaruh semasa pemerintahan baginda adalah:-

  • Datuk Maha Menteri Saad bin Ngah (Che Ha')
  • Datuk Sri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (Nik Soh bin Nik Jid)
  • Tok Hakim Kelantan, Syed Muhammad bin Syed Alwi[2].

Pembesar-pembesar ini dengan sokongan pengikut-pengikut mereka amat berpengaruh di dalam menentukan pewaris takhta. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerabat diraja yang tidak terpilih untuk menaiki takhta dan juga tidak mendapat sebarang jawatan di dalam kerajaan.[3]

Pada masa pemerintahan baginda, iaitu pada 1891, Dato' Bahaman telah melarikan diri ke Ulu Kelantan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Shahril Talib (2003). History of Kelantan : 1890 - 1940. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9839961489.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shahril Talib, 2003, ms 43
  2. ^ Shahril Talib, 2003, ms 44
  3. ^ Shahril Talib, 2003, ms 45


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1891 – 1899
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad III Sultan Muhammad IV