Pergi ke kandungan

Sultan Mansur I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Mansur I
Sultan Terengganu
Fail:Sultan Mansur I, Terengganu.jpg
Manshuor I
Sultan Terengganu ke 02
Pemerintahan1725 - 1793
Kemahkotaan1725
Didahului olehSultan Zainal Abidin I ibni Tun Marjid II
Diikuti olehSultan Zainal Abidin II ibni Sultan Mansur I
Keputeraanmansur bin fainnal
1710 (1710)
Terengganu
Kemangkatan14 Julai 1794(1794-07-14) (umur 83–84)
-
Pemakaman15 07 1794
Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Daerah Kuala Terengganu,Terengganu
Isteri
  • -
Anakanda-
Nama penuh
Tengku Mansur I
Nama diraja
Sultan Mansur I
Nama selepas mangkat
Marhum Janggut
KerabatWangsa Bendahara
AyahandaSultan Zainal Abidin I
Bonda-
AgamaIslam

Sultan Mansur Riayat Syah I Ibni Sultan Zainal Abidin Shah I (1138 Takwim Hijrah/1725 Masihi atau 1723 M {{sfn|Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha)|1983|p=116 } – 14 Jamadilakhir 1208 H/14 Julai 1794 M [1]), dikenali sebagai Tun Dalam atau Marhum Janggut selepas kemangkatan baginda, ialah Sultan Terengganu kedua dan putera kepada Sultan Zainal Abidin I.


Penyandang Terdahulu Sultan Terengganu
ke-2
Penyandang Kemudian
Sultan Zainal Abidin I Sultan Zainal Abidin II


Kehidupan Awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 1710, baginda memerintah pada tahun 1733—1793. Baginda berkahwin dengan Tengku Bulang, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Isteri baginda yang kedua ialah Nang Senik, puteri kepada Long Dil pembesar dari Pulau Melur, Kelantan. Baginda mangkat pada 17 Januari 1794 lalu digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II.[2] Tiga bulan sebelum baginda mangkat, baginda telah berangkat ke Kelantan bagi menyaksikan puteranya yang ke-6, Tengku Muhammad yang juga menantu Long Yunus ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Besar Kelantan. Putera baginda iaitu Tengku Muhammad ibni Sultan Mansur Riayat Shah yang berkahwin dengan Engku Tuan Nawi binti Sultan Long Yunus II iaitu puteri baginda Sultan Kelantan,[3] menjadi Sultan Kelantan yang memerintah dari 1795 dehingga 1800.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1208 H bersamaan 1794 M, baginda mula kegeringan. Pada malam Jumaat 14 Jamadilakhir 1208 H bersamaan 14 Julai 1794 M, tembakan meriam telah dilepaskan menandakan kemangkatan beliau pada hari tersebut. Pada keesokan harinya, jenazah baginda telah disiramkan lalu disembahyangi. Kemudian, jenazah baginda dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 139.
  2. ^ "Sejarah Ringkas Negeri Terengganu". Laman Web Rasmi-KDYMM Sultan Terengganu. abytech sdn. bhd. Dicapai pada 22 Julai 2010.
  3. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/treng4.htm
  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
  • Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)