Sultan Mansur Shah II
| Sultan Mansur Shah II | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Paduka Sri Sultan Perak | |||||||||
| Sultan Perak ke-7 ke-7 | |||||||||
| Pemerintahan | 1619–1627 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Mukaddam Shah | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Mahmud Shah | ||||||||
| Kemangkatan | 1627 mungkin di Johor atau Aceh | ||||||||
| Pemakaman | mungkin di Johor atau Aceh | ||||||||
| Pasangan | Puteri Jambi | ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Perak | ||||||||
| Ayahanda | Raja Kecil Lasa Raja Inu | ||||||||
| Agama | Islam | ||||||||
Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Raja Kecil Lasa Raja Inu (Jawi: سلطان منصور شاه ابن راج کچيل لاس راج انو) ialah Sultan Perak yang ketujuh. Baginda telah memerintah Perak dari tahun 1619 sehingga 1627. Baginda merupakan adinda kepada Sultan Alauddin Shah, Sultan Perak kelima. Baginda bersemayam di Semat.[1]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Setelah kemangkatan Sultan Mukaddam Shah di Aceh, seorang pembesar Perak yang bergelar Maharaja Lela telah pergi ke Johor bagi mendapatkan seorang zuriat Sultan Perak di sana untuk diangkat sebagai Sultan Perak. Pada ketika itu, Perak masih berada di bawah naungan Aceh, dan segala keputusan berkaitan hal pemerintahan Perak perlulah mendapat perkenan pemerintah Aceh. Namun, Maharaja Lela tidak mengendahkan arahan Aceh dan terus membawa pulang Raja Mansur ke Perak. Raja Mansur kemudiannya diangkat sebagai Sultan Perak dengan gelaran Sultan Mansur Shah.[1]
Menurut Riwayat Raja Perak, sewaktu Sultan Mansur Shah memerintah Perak, baginda sering berulang-alik ke Johor kerana seorang lagi isteri baginda menetap di sana. Pada tahun 1627, setelah lapan tahun memerintah, baginda telah mangkat di Johor dan dimakamkan di sana. Namun, terdapat percanggahan maklumat dengan apa yang direkodkan Sejarah Perak.[1]
Menurut Sejarah Perak, pada tahun 1627, Sultan Iskandar Muda dari Aceh telah menghantar angkatan tenteranya ke Perak bagi menurunkan Sultan Mansur Shah dari takhta Perak. Hal ini kerana Perak masih berada di bawah naungan Aceh dan Sultan Mansur Shah menaiki takhta Perak tanpa perkenan Sultan Aceh. Para pembesar Aceh telah memilih Raja Bongsu, adinda kepada Sultan Perak keenam, Sultan Mukaddam Shah sebagai Sultan Perak yang baharu dengan gelaran Sultan Mahmud Shah.[2]
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Selepas diturunkan takhta, Sultan Mansur Shah kemudiannya telah dibawa ke Aceh dan dikatakan telah mangkat di sana. Masih tiada penjelasan khusus berkenaan kisah manakah yang lebih tepat. Sehingga kini, makam baginda masih tidak dijumpai sama ada di Aceh atau di Johor. Namun, lebih banyak pendapat meyakini kisah kemangkatan baginda di Aceh.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 Jasbindar, Freddie Aziz. "Sultan Mansur Shah II (Sultan Perak ke 7)". www.orangperak.com. Dicapai pada 2022-09-02.
- ↑ Winstedt, R. O.; Wilkinson, R. J. (June 1934). "A History of Perak". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa English). Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 12 (1). JSTOR 41559831.CS1 maint: unrecognized language (link)
| Didahului oleh Sultan Mukaddam Shah |
Sultan Perak 1619–1627 |
Diikuti oleh: Sultan Mahmud Shah |