Sultan Megat Manja Abu Kasim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sultan Megat Manja Abu Kasim ialah anakanda keempat Sharif Yang Di-Pertuan Yang Mulia dengan Suriyamarin, puteri Sultan Marin Langkat. Baginda merupakan raja daerah Tenasirim terakhir dan dibunuh sewaktu serangan tentera Thai ke atas Meang Kuang pada tahun 1821.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar baginda ialah Koya Nai Chau Abu dalam loghat Siam kerana baginda berkulit cerah. Baginda juga digelar "Putera Kapas". Baginda mempunyai beberapa orang kakanda dan seorang adinda iaitu;

Kakanda[sunting | sunting sumber]

  • Koya Long
  • Koya Ngah
  • Koya Shuib


Baginda ditabal menjadi Raja Kubang Pasu oleh ayahanda baginda, Sharif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah sebelum Kedah di serang tentera Thai dalam tahun musuh Bisik 1821. Oleh kerana baginda berkulit cerah maka baginda digelar Putera Kapas. Dalam bahasa Siam Kedah pula, baginda bergelar Koya Nai Chau Abu.

Baginda juga adalah sepupu kepada Tengku Long Putera Sultan Legeh kemudianya Perdana Menteri Kedah, Tengku Anjang Johan, Raja Ranong Burma (berbondakan Nang Che Puan Pumintaraja), Tengku Abdullah Raja Pulau Pinang dan Tengku Dziauddin Raja Bagan Serai (berbondakan Tengku Puteri). Cerita kononnya ayahanda mereka, Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin II merantau mencari ilmu adalah tidak tepat kerana pada ketika itu baginda mengikut permaisuri pertamanya Nang Che Puan Pumintharaja menjadi Raja perempuan di Ayuthia.

Baginda Megat Manja turut terbunuh dalam serangan Thai tersebut lalu tempat baginda telah digantikan oleh anakanda baginda bernama Nai Doi (seperti tercatit pada batu nesan).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Sultan Megat Manja
  • Undang-Undang Kedah
  • Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi Basri, m/s 140.
  • Hikayat Patani
  • A History of South East Asia; 1995; DGE Hall