Sultan Muhammad Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sultan Muhammad Alam juga dengan gelaran Sultan Tandzul Alam --(telah mendapat pengesahan daripada Pengiran Besar Bin Pengiran Anak Sabtu (pada tahun 1960an di Kg Segaliud Sabah-) merupakan Sultan Brunei yang memerintah dari tahun 1826 ketika hayat ayahandanya hingga tahun 1828. Oleh kerana baginda masyhur dengan kekuatan dan gagah, Sultan Muhammad terkenal dengan nama "Raja Api"(Ria Apui)

Sultan Tandzul Alam Lebih dikenali sebagai "Raja Api" (Ria Apui - dikatakan semasa lahir di kelilingi Api), Paduka Raja, Sultan Panji Alam, Bersemayam Dibukit Seruwei Kampung Kuala Segan Bintulu, Sarawak. Isteri baginda Pengiran Raja Isteri Nurlana Abdullah, anak-anak baginda Pengiran Anak Nur Alam, Pengiran Anak Salama dan Pengiran Muda Muhammad Omar Jaya, generasi keturunan baginda masih ada sehingga kini. Sewaktu hayat pemerintahan baginda, baginda juga mendapat khabar, bahawa wilayah tanjung kidurung hendak diserang lanun suluk, yang ingin menawan wilayah tanjung kidurung, baginda dan bala tantara berangkat ke Bintulu bagi mempertahankan wilayah Bintulu ketika itu. Setelah berjaya menawan lanun di Tanjung Kidurung, baginda mengambil keputusan berkubu di Kuala Segan, Bintulu. Di situ, tapak pertama Persinggahan Baginda bersama pengikut baginda, dan terus berkampung di Kuala Segan.

Baginda berlayar sehingga ke Tatau bersama pengikut baginda. Di sana baginda telah berjumpa dengan pemerintah Tatau iaitu Raja Kaya Jaban dan Isteri Maying Rabiah. Di sana baginda bertemu jodoh isteri baginda, iaitu Lana. Sebagai pemerintah kerajaan Brunei yang warak, baginda telah telah memperisterikan Lana yang bergelar Pengiran isteri NurLana Abdullah, dan dinikahkan oleh Pengiran Sahibul Al-Khatib Haji Damit ibnu Al-Kahtib Beqir yang merupakan menteri agama pada hayat baginda menjadi sultan brunei ke 22. Baginda juga pernah dikunjungi oleh Pemangku baginda pada masa itu Pengiran Muda Omar Ali Saifuddin Ke 2,yang datang ke Bintulu,dan meminta baginda kembali ke istana,dari itu Baginda Mengambil Keputusan menetap di Bintulu Sarawak,dan telah menyerahkan Takhta kerajaan Kepada Pemangku Baginda iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin Ke-2,bagida Bersama Keluarga Baginda serta Pengikut Baginda menetab wilayah Bintulu,daripada Anak Baginda iaitu Pengiran Anak Nur Alam,beginda amat digeruni oleh pahlawan iban, kerana kerana kewarakan Baginda dan kegagahan Baginda yang membawabersama panji 40 Kerajaan Brunei,[perlu rujukan] pernah menewaskan Lanun dan Baginda Bergelar Sultan Panji ALam,Dan Juga Paduka Raja,Baginda Bersemayam pada tahun 1895 dan terdapat cerita masyarakat sekitar sarawak Baginda Dimakamkan di Bukit Seruwei Kampung Kuala Segan Bintulu,Sarawak.(namun ianya masih dalam kesamaran). keturunan Baginda Masih ada sehingga hari ini dan berdasarkan beberapa catatan daripada Pg Besar Ibni Pg Anak Sabtu dimana beliau datang sendiri ke kampung tersebut (Kampung Segaliud Sandakan Sabah) sebagai wakil daripada Saudara beliau iaitu Sultan Omar Ali Saiffudin III yang Pada masa itu (1960an) pemerintah kerajaan Brunei, di mana keturunan Baginda daripada anak Baginda (Sultan Tandzul Alam) iaitu Pangeran Serruddin (Saifuddin) telah di temui di satu kawasan perkampungan iaitu Kampung Segaliud Sandakan Sabah[nyatakan menurut siapa?] yang mana sehingga masa kini masih meneruskan hidup sebagai masyarakat kampung Segaliud Sandakan Sabah.( Ini adalah hasil daripada bukti pencarian wakil Sultan Omar Ali Saiffudin III iaitu Saudara Baginda Pangeran Besar Ibni Pangeran Anak Sabtu yang mendapati salah satu Penduduk yang bernama YM Tuan Haji Omar @ Kabig Bin Pg Sulaiman[perlu rujukan] yang mana dalam penceritaan usul cerita berkenaan asal-usul keturunan Beliau sendiri termasuk lah penduduk kampung tersebut.

Berikut adalah silsilah keturuan Sultan Al-Tandzul Alam (raja-raja kerjaan Brunei Darussalam) yang beranakkan[nyatakan menurut siapa?]

  • Pangeran Serruddin (Saifuddin)
  • Pangeran Deraman (Duraman) Riau
  • Pangeran Gomarang Kisor Mas
  • Pangeran Tabaron
  • Pangeran Muda
  • Pangeran Telok
  • Pangeran Tarib (Torid)
  • Pangeran Sulaiman
  • YM Pg Haji Omar @ Kabig