Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Muhammad Ali
Sultan of Siak Sri Inderapura
Pemerintahan17661779
Nama penuhSultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah
Nama keputeraanTengku Muhammad Ali
GelaranYang Dipertuan Besar of Siak
DimakamkanSenapelan, Pekanbaru
PendahuluSultan Alamuddin
PenggantiSultan Ismail
DinastiMelaka/Parameswara
AyahandaSultan Alamuddin Syah

Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah merupakan sultan kelima dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda memerintah dari tahun 1780 sehingga 1782, menggantikan ayahandanya Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah. Pada masa pemerintahannya dan pemerintah ayahandanya Kerajaan Siak berkedudukan di Senapelan atau Pekanbaru sekarang ini. Beliau pula pendiri Bandaraya Pekanbaru dan mangkat dalam tahun 1782 dengan gelar yang disandangnya adalah Marhum Pekan.

Panglima Besar[sunting | sunting sumber]

Apabila sultan Siak ke 2, Tengku Buang Asmara naik takhta, ia menjadikan kemenakannya Tengku Muhammad Ali sebagai panglima besar. Kemungkinan itu untuk meringankan kepedihan hatinya akibat mundurnya ayahanda Muhammad Ali, Tengku Alam ke Johor setelah perselisihan yang terjadi antara keduanya. Jawatan ini terus dipegang oleh Muhammad Ali sampai saatnya sepupunya, Sultan Ismail naik tahta tahun 1760 menggantikan ayahandanya.[1]

Ketika armada Belanda menyerang Mempura tahun 1761, armada perang Siak yang gagah berani dipimpin oleh panglima besar Muhammad Ali. Belanda telah membuat persiapan dengan kapal perang besar. Askar Siak ditolak ke tepi bandar Mempura. Di sinilah berlaku pertempuran habis-habisan dari pahlawan-pahlawan Siak. Armada Siak hanya menggunakan rakit berapi-api dan kapal-kapal berisi ubat bedil dalam menghadapi Belanda. Walau bagaimanapun, semangat "jihad fi sabilillah" tidak reda. Dengan senjata yang terhad, mereka berjaya menenggelamkan beberapa kapal Belanda. Belanda kewalahan dan mengeluarkan senjata terakhir mereka, Tengku Alamuddin yang menghantar surat kepada Sultan Ismail dan anak lelakinya, panglima besar Muhammad Ali. Maka, demi mendengar bahawa Tengku Alam berada di pihak Belanda, pertempuran pun dihentikan dan Sultan Ismail menyerahkan takhta pada pamandanya itu berdasarkan wasiat dari ayahandanya dahulu. Muhammad Ali tetap mendampingi ayahandanya sebagai panglima besar ketika beliau naik tahta beberapa hari selepas kemunduran sepupunya, Sultan Ismail tersebut.[2]

Naik Takhta[sunting | sunting sumber]

Ketika ayahandanya, Sultan Alamuddin berpindah ke Senapelan untuk mengelakkan pengaruh Belanda, Muhammad Ali turut serta. Senapelan berkembang pesat di bawah kawalan Sultan Alamuddin, malah berjaya menutup perniagaan Belanda di Mempura. Sultan Alamuddin mangkat di Senapelan pada tahun 1766 dan Tengku Muhammad Ali naik takhta dengan gelaran Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah. Ia meneruskan usaha ayahnya membina bandar Senapelan yang kemudiannya dikenal sebagai Pekanbaru.[3] Bandar ini menjadi pusat perdagangan di hulu sungai Siak, bahkan para saudagar dari Petapahan mulai berniaga ke Senapelan[4].

Turun Takhta[sunting | sunting sumber]

Namun pada tahun 1779 Sultan Ismail yang telah mengelana selama 18 tahun berjaya mengambil alih kedudukan Yang Dipertuan Besar Siak daripada sepupunya Sultan Muhammad Ali[5]. .Muhammad Ali terpaksa berundur ke Petapahan mencari perlindungan dari Syarif Bendahara, tetapi tidak dikabulkan. Akhirnya, dia kembali ke ibu kota dan menyerah diri kepada sepupunya. Sultan Ismail lalu mengampuninya dan melantiknya menjadi Raja Muda.[6]

Setelah tidak lagi menjadi sultan, Muhammad Ali lebih banyak berdiam di Senapelan dan memberi tumpuan kepada pembangunan perdagangan di bandar tersebut[7]. Beliau kembali ke politik pada tahun 1781-1782 ketika dia dilantik sebagai wali Sultan Yahya, kemenakannya yang memerintah sebelum dewasa menggantikan ayahnya Sultan Ismail.[8].

Mengawal Peralihan Kuasa[sunting | sunting sumber]

Semasa ia menjabat sebagai sultan, Tengku Muhammad Ali melantik putera kepada saudarinya Sayyid Ali sebagai panglima besar. Sayyid Ali merupakan putera Tengku Embung dan Sayyid Usman, seorang keturunan Arab. Dia terus menemani pamannya dalam setiap keadaan, termasuk ketika Muhammad Ali kehilangan kuasa atas takhta Siak dan menetap di Senapelan. Maka apabila berlaku pertikaian antara Sayyid Ali dan Sultan Yahya, Muhammad Ali mengutamakan keponakannya. Sayyid Ali yang lebih besar pengaruhnya sebagai panglima besar kerajaan berjaya menyingkirkan Sultan Yahya yang dianggapnya kurang cakap dalam memimpin pemerintahan.[9]

Sultan Yahya yang telah kehilangan kuasa akhirnya berundur ke Kampar, kemudian Trengganu dan kemudian Dungun di Melaka. Ia wafat di Dungun pada tahun 1784. Pada tahun itu juga, Sayyid Ali mendakwa takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Assayyidis Syarif Ali Abdul Jalil Saifuddin . Tengku Muhammad Ali masih mendampingi sultan baru, khususnya dalam mengawasi ekonomi kerajaan.[10].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  2. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  3. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  4. ^ Samin, S.M. (2006). Dari kebatinan senapelan ke Bandaraya Pekanbaru: menelisik jejak sejarah Kota Pekanbaru, 1784-2005, Pemerintah Kota Pekanbaru bekerjasama dengan Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI) Cabang Riau dan Penerbit Alaf Riau
  5. ^ Timothy P. Barnard, Texts, Raja Ismail and Violence: Siak and the Transformation of Malay Identity in theEighteenth Century, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, No. 3 (Oct., 2001), pp. 331-342.
  6. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  7. ^ Samin, S.M. (2006). Dari kebatinan senapelan ke Bandaraya Pekanbaru: menelisik jejak sejarah Kota Pekanbaru, 1784-2005, Pemerintah Kota Pekanbaru bekerjasama dengan Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI) Cabang Riau dan Penerbit Alaf Riau
  8. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.
  9. ^ Samin, S.M. (2006). Dari kebatinan senapelan ke Bandaraya Pekanbaru: menelisik jejak sejarah Kota Pekanbaru, 1784-2005, Pemerintah Kota Pekanbaru bekerjasama dengan Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI) Cabang Riau dan Penerbit Alaf Riau
  10. ^ Muchtar Lutfi, Suwardi MS, dkk (1998/ 1999), Sejarah Riau, Biro Bina Sosial Setwilda Tk. I Riau.

Senarai Kepustakaan[sunting | sunting sumber]

  • Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
  • Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
  • Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura

Didahului oleh
Sultan Alamuddin Syah
Sultan Siak Sri Inderapura
1766 - 1779
Diikuti oleh:
Sultan Ismail

Templat:Sultan-bio-stub