Sultan Muhammad Hasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sultan Muhammad Hasan memerintah Brunei dari 1582 hingga 1598.Baginda merupakan seorang Sultan yang termashyur gagah perkasa, mempunyai kebesaran sama seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh.

Baginda sentiasa ingat dan berjaga-jaga menghadapi tipu muslihat musuh.Baginda mempunyai 40 pahlawan yang tidak lut senjata. Zaman baginda diadakan gelaran 'Pengiran Di-Gadong' dan 'Pengiran Pemancha'. Baginda juga terkenal dengan nama 'Marhum di Tanjung'.

Baginda giat dalam menjalankan dakwah Islamiah di Kepulauan Filipina. Utusan baginda ke luar negeri diubah tarafnya kepada 'Duta'.Baginda berusaha membukukan 'Kanun Brunei'. Istana baginda dikelilingi kota empat persegi, dipasang dengan meriam-meriam.Baginda juga menitahkan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela melanggar Milau (Sarawak).pada 1598, baginda mangkat.

Setelah Baginda mangkat, maka sebagai penggantinya kemudian diangkatlah putra Baginda sebagai Sultan Brunei selanjutnya yaitu Sultan Abdl Jalilul Akbar. Putra Sultan Muhammad Hasan yang lain yaitu Pangeran Muda Tengah kemudian menjadi Sultan Sarawak pertama bergelar Sultan Ibrahim Ali Omar Shah dan populer dengan sebutan Sultan Tengah / Raja Tengah dimana keturunan langsung dari Sultan Tengah / Raja Tengah inilah yang menjadi Sultan-Sultan Sambas yang memerintah di Kesultanan Sambas.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
15821598
Penyandang Kemudian
Sultan Shah Brunei Sultan Abdul Jalilul Akbar