Sultan Muhammad III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Muhammad III
Sultan Kelantan Darul Naim
Pemerintahan1890-1891
Didahului olehSultan Ahmad Tengah
Diikuti olehSultan Long Mansur
KeputeraanKota Bharu, Kelantan Darul Naim
KemangkatanIstana Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
AyahandaSultan Ahmad Tengah
AgamaIslam

Nama asal baginda ialah Long Kundur iaitu putera sulong Sultan Ahmad. Baginda menaiki takhta pada tahun 1890 dan mempunyai tempoh pemerintahan yang singkat apabila baginda mangkat pada tahun 1891.[1]

Semasa pemerintahan baginda timbul pertikaian dalaman berkaitan jawatan penting didalam kerajaan baginda apabila beberapa orang adinda baginda tidak diberi sebarang jawatan iaitu:

  • Long Mahmud
  • Long Salleh
  • Long Sulaiman
  • Long Yusoff
  • Long Abdullah[2]

Di samping itu kerajaan Siam telah mula menunjukkan minat semula untuk meluaskan pengaruh ke Kelantan dan pada tahun 1890, Raja Siam telah melawat Kelantan. [3] [4]

Kemudian apabila pelantikan Bagindaa diiktiraf oleh Kerajaan Siam maka Baginda pun secara rasmi digelar Sultan Muhammad III dan di samping itu Baginda juga terkenal dengan dua nama gelaran lagi iaitu Sultan Banggu dan Raja Bendahara.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1890 – 1891
Penyandang Kemudian
Sultan Ahmad Sultan Mansur

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Shahril Talib (2003). History of Kelantan : 1890 - 1940. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9839961489.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shahril Talib, 2003, ms 43.
  2. ^ Shahril Talib, 2003, ms 40
  3. ^ Shahril Talib, 2003, ms 39
  4. ^ Royal Ark