Pergi ke kandungan

Sultan Muhammad II Muazzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Muhammad II Muazzam Shah
Sultan Riau-Lingga
(Sultan de jure Johor-Pahang)
Pemerintahan9 Ogos 1832 – 1835
Didahului olehSultan Abdul Rahman Muazzam Shah (masih dianggap sebagai Sultan Johor-Pahang)
Diikuti olehSultan Mahmud IV Muzaffar Shah (masih dianggap sebagai Sultan Johor-Pahang)
Bendahara de jure
(Raja Bendahara Pahang)
Tun Ali (1806 – 1847)
Yang Dipertuan Muda
(Pentadbir utama Riau)
Raja Abdul Rahman (1833 – 1844)
Temenggung de jure
(Pentadbir utama Johor)
Tun Haji Abdullah (tidak pernah ditabalkan secara rasmi sebagai Temenggung Johor) (1825 – 1841)
KeputeraanTengku Muhammad ibni Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
1803
Kemangkatan20 Julai 1841
Keraton, Daik, Lingga
Pemakaman20 Julai 1841
Bukit Cengkeh, Daik, Lingga
Pasangan1. Tengku Kulsum Puteh binti Sultan Ahmad Shah
2. Tengku Cik Lebar binti Sultan Ahmad
3. Inche Buru binti Dato’ Ibrahim
4. Raja Fatimah binti Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar
5. Inche Aminah
6. Inche Halimah binti Abdullah
7. Inche Pungut
8. Inche Biba
9. Inche Sajah
Anakanda1. Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah
2. Tengku Embung Usman
3. Tengku Ibrahim
4. Tengku Andut
5. Tengku Haji Muhammad Said
6. Tengku Jaafar
7. Tengku Dalam
8. Tengku Kulsum
9. Tengku Sharifah
10. Tengku Hamidah
11. Tengku Sapiah
12. Tengku Putri Mariam
13. Tengku Salmah
14. Tengku Mukiah
WangsaWangsa Bendahara
AyahandaSultan Abdul Rahman Muazzam Shah
BondaRaja Antia Tik Fatima binti Raja Sulaiman
AgamaSunni Islam

Sultan Muhammad II Muazzam Shah ibni Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1803 – 20 Julai 1841) ialah Sultan Riau-Lingga ke-2 dari tahun 1832 hingga tahun 1835. Namun, baginda masih dianggap sebagai Sultan Johor ke-17 dan Sultan Pahang ke-24 oleh Bendahara Tun Ali dan para pembesar Melayu Johor-Pahang yang lain.

Disebabkan keuzuran, baginda menuruni takhta Kesultanan Riau-Lingga dan menyerahkan takhta tersebut kepada anakandanya, Tengku Mahmud (kemudian Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) pada tahun 1835. Namun, baginda memangku urusan pemerintahan negeri kerana Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah masih kecil lagi pada ketika itu.

Pemulihan adat Kesultanan Johor Lama

Berbeza dengan ayahandanya, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang tunduk kepada kekuasaan Bugis sehingga memencilkan peranan Bendahara Johor, Sultan Muhammad II Muazzam Shah cuba untuk mengembalikan pemerintahan Kesultanan Johor Lama mengikut adat-istiadat Melayu. Ini boleh dibuktikan apabila baginda tidak segera melantik Yang Dipertuan Muda Riau yang baru selepas kemangkatan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Bukan itu sahaja, baginda telah berangkat ke Johor untuk menziarahi makam raja-raja Melayu tidak lama selepas pertabalan baginda. Selepas itu, baginda telah berangkat ke Terengganu dan Pahang. Kemudian, baginda berangkat pulang dari Pahang ke Lingga dengan diiringi oleh Bendahara Johor, Bendahara Tun Ali dan orang-orang besar Pahang.

Baginda juga mengadakan istiadat di mana baginda bertitah untuk "menyerahkan negeri Lingga itu sekelian pemerintahan (kepada Bendahara), kerana begitu istiadatnya, apakala Dato’ Bendahara datang dari Pahang, Yang Dipertuan menyerahkanlah negerinya sekalian hukum". Istiadat tersebut dihadiri oleh semua pembesar dari semua wilayah yang dahulunya pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor Lama termasuk Johor dan Pahang. Ini membuktikan bahawa baginda masih dianggap sebagai Sultan Johor ke-17 dan Sultan Pahang ke-24 oleh para pembesar Melayu. Dalam istiadat tersebut, Bendahara Johor, Bendahara Tun Ali mendidik semula pembesar tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Islam dan politik juga dibincangkan dalam istiadat tersebut. Pertabalan Tengku Mahmud (kemudian Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai Tengku Besar (pewaris takhta) dan Tun Mutahir (kemudian Bendahara Tun Mutahir) sebagai Bendahara Muda (pewaris Bendahara Johor dan Raja Bendahara Pahang) turut dijalankan dalam istiadat itu.

Mangkat

Sultan Muhammad II Muazzam Shah mangkat di Keraton, Daik, Lingga dan dimakamkan di Bukit Cengkeh di Daik, Lingga pada 20 Julai 1841.

Lihat juga

Rujukan

  • (Tun) Suzana (Tun) Othman (2007). Perang Bendahara Pahang 1857–63. Karisma Publications. ISBN 978-983-195-282-5.
  • Suzana Haji Othman (2018). Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834611538.

Pautan luar

Sultan Muhammad II Muazzam Shah
Tarikh keputeraan: 1803 Tarikh kemangkatan: 20 Julai 1841
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
Masih dianggap sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara Tun Ali dan para pembesar Melayu Johor-Pahang yang lain
Sultan Riau-Lingga
(Sultan de jure Johor-Pahang)

9 Ogos 1832 – 1835
Masih dianggap sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara Tun Ali dan para pembesar Melayu Johor-Pahang yang lain
Diikuti oleh:
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah
Masih dianggap sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara Tun Ali dan Bendahara Tun Mutahir serta para pembesar Melayu Johor-Pahang yang lain