Sultan Muhammad Jamalul Alam I
| Muhammad Jamalul Alam I | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Brunei Darussalam XX | |||||
| Pemerintahan | 27 April - 10 November 1804 | ||||
| Didahului oleh | Muhammad Tajuddin | ||||
| Diikuti oleh | Muhammad Tajuddin | ||||
| Keputeraan | Muhammad Alam ibni Muhammad Tajuddin Istana, Bandar Brunei, Mukim , Daerah Brunei Muara, Brunei Darussalam, Nusantara | ||||
| Kemangkatan | 10 November 1804 | ||||
| Pemakaman | 11 November 1804 Makam Diraja Brunei, Jalan Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam | ||||
| Pasangan | Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Noralam Ampuan Mariam | ||||
| Anakanda |
| ||||
| |||||
| Ayahanda | Muhammad Tajuddin | ||||
| Bonda | Raja Isteri Pengiran Anak Bulan | ||||
| Agama | Islam | ||||
Sultan Muhammad Jamalul Alam I ibni Sultan Muhammad Tajuddin (Jawi: سلطان محمد جمال العالم ا ابن سلطان محمد تاج الدين) ialah Sultan Brunei ke-20.
Baginda memerintah pada tahun 1804. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Tajuddin dan Pengiran Anak Bulan. Baginda menaiki takhta pada 27 April 1804 selepas ayahanda baginda turun dari takhta kerajaan.
Sepanjang hidup baginda, baginda mendirikan rumah tangga dengan Pengiran Anak Nur Alam dan Ampuan Mariam. Hasil perkongsian hidup, baginda dikurniakan dua orang putera. Mereka ialah:
- Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Anak Muhammad Tajuddin
- Pengiran Anak Omar Ali Saifuddin.
Baginda merupakan Sultan Brunei yang tidak lama memerintah. Setelah kemangkatan baginda pada 10 November 1804, ayahanda baginda Sultan Muhammad Tajuddin sekali lagi menaiki takhta kerajaan. Baginda dimakamkan di Kubah Makam Diraja Brunei, Jalan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan), Negara Brunei Darussalam.
| Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1804 |
Penyandang Kemudian |
| Muhammad Tajuddin | Muhammad Tajuddin |