Pergi ke kandungan

Sultan Muhammad Kanzul Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Kanzul 'Alam
محمد كنز العالم
Pemerintahan 11 Februari 1807 – 28 April 1822
Pendahulu Omar Ali Saifuddin I
Pengganti Muhammad Alam
Pasangan Pengiran Isteri Pengiran Anak Saleha
Pengiran Anak Isteri Nur Alam
Pengiran Anak Salama
Anakanda
Sultan Muhammad Alam
Pengiran Muda Pasar
Pengiran Muda Hasan
Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim
Pengiran Bendahara Pengiran Muda Muhammad Digantisan
Pengiran Anak Badaruddin
Pengiran Anak Jalaluddin
Pengiran Anak Ismail
Pengiran Muda Muhammad Ahad
Pengiran Anak Muhammad Tajuddin
Pengiran Anak Abdul Kadir
Pengiran Marsala
Pengiran Anak Jaafar
Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa
Raja Perempuan Pengiran Anak Puteri Hadiah
Pengiran Anak Puteri Siti Mariam
Pengiran Anak Puteri Seri Banum
Pengiran Anak Puteri Siti Khadijah
Nama penuh
Pengiran Muda Tengah Muhammad Kanzul 'Alam ibni Omar Ali Saifuddin I
Ayahanda Omar Ali Saifuddin I
Bonda Pengiran Anak Nur Alam
Keputeraan Istana, Bandar Brunei, Brunei
Kemangkatan selepas 28 April 1822
Istana, Bandar Brunei, Brunei
Dimakamkan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Muhammad Kanzul Alam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I merupakan Sultan Brunei ke-21 memerintah dari tahun 1807 hingga tahun 1822. Sebelum menjadi sultan, baginda dikenali sebagai Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Ayah.

Baginda menjadi wakil Sultan Muhammad Tajuddin untuk membantu memelihara Brunei selepas kemangkatan putera baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Pada tahun 1821, baginda mengeluarkan dan menurunkan wang pitis ke padian.

Baginda mengeratkan hubungan persahabatan dengan Sepanyol di Manila. Pada tahun 1809, Si Merah datang ke Brunei membawa kuyuk (anjing) besar dan garang untuk dilawan oleh orang Brunei dan dapat dikalahkan oleh Pengiran Muhammad Daud. Kerana kejayaannya, diarak menjadi 'Pengiran Pemancha'.

Baginda jugalah yang berjaya menangkap harimau hadiah Sultan Terengganu yang terlepas daripada kandangnya. Pada tahun 1823, utusan Belanda datang ke Brunei. Pada zaman baginda, Pengiran Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota dan dititahkan memerintah Sarawak.

Tempoh tamat pemerintahan baginda kurang diketahui dan kurang diyakini, namun dipercayai selepas tahun 1822, baginda mungkin turun dari takhta kerajaan dan menjadi Pengiran Di-Gadong dan Pemangku Sultan, ataupun baginda mungkin mangkat selepas 28 April 1822.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
18071822
Penyandang Kemudian
Muhammad Tajuddin Muhammad Alam