Sultan Muhammad V, Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Muhammad V
سلطان محمد ک-٥
Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15
Tempoh pemerintahan 13 Disember 2016 - kini
Didahului oleh Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah
Sultan Muhammad V
سلطان محمد ک-٥
Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
Tempoh pemerintahan 13 September 2010 – kini
Didahului oleh Sultan Ismail Petra
Permaisuri Tengku Zubaidah Binti Tengku Norudin (bercerai)
Nama penuh
Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra
Ayahanda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
Bonda Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
Kelahiran (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 47)
Kota Bharu, Malaysia
Kerabat DiRaja bagi takhta Kesultanan Kelantan, Malaysia
Lambang peribadi Sultan Kelantan.png

KDYMM As-Sultan Kelantan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V (lahir 6 Oktober 1969) ialah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyhurkan pada 13 September 2010[1] bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 13 Disember 2011, Sultan Muhammad V telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.[2]

Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[3].

Tengku Mahkota[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tuanku Muhammad Faris Petra is New Sultan of Kelantan, Bernama (via www.malaysiandigest.com), 13 September 2010. Dicapai 03 November 2010.
  2. ^ Sultan Kedah Catat Sejarah - UtusanOnline.com
  3. ^ [Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz4N3YhkVVd Kosmo: Sultan Muhammad V dipilih YDP Agong Ke-15]
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
13 Desember 2016 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Ismail Petra
Sultan Kelantan
13 September 2010 – kini
Pemegang jawatan kini