Pergi ke kandungan

Sultan Mukaddam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Mukaddam Shah
Sultan Perak
Sultan Perak
Pemerintahan1603 – 1619
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Alauddin Shah
Diikuti olehSultan Mansur Shah II
Raja Muda Perak
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Raja Di-Hulu Perak
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Kemangkatan1619
Kesultanan Aceh
PemakamanAceh
AnakandaPutri Limau Purut
Nama selepas mangkat
Marhum Mangkat di Aceh
KerabatPerak
Ayahanda-
Bondaputeri Sultan Mansur Shah I
AgamaIslam

Sultan Mukaddam Shah menaiki takhta pada tahun 1603. Baginda adalah putera saudara perempuan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin dan Almarhum Sultan Tajul Ariffin, serta alor saudara sepupu dengan Raja Kecil Lasa, Raja Inu. Sebelum menjadi Sultan, baginda dikenali sebagai Raja Tua. Baginda bersemayam di Bota Kanan.

Perang dengan Aceh

[sunting | sunting sumber]

Mengikut cerita-cerita mulut orang-orang tua, Sultan Makaddam Shah mempunyai seorang puteri yang cantik bernama Puteri Limau Purut, dan baginda menunangkan puteri itu dengan anak saudara baginda bernama Raja Mansur, iaitu adinda Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak yang kelima). Baginda juga menolak pinangan daripada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Kesultanan Aceh.

Memandangkan penolakan tersebut maka Sultan Aceh menitahkan tenteranya berperang dengan kerajaan Perak. Tentera Aceh mengalahkan Negeri Perak lalu menawan Sultan Mukaddam Shah, permaisuri baginda, adinda baginda bernama Raja Bongsu (yang juga dikenali sebagai Raja Yusuf), Puteri Limau Purut serta pengasuhnya bernama Esah Gerbang dan beberapa orang pengiring baginda. Kerabat-kerabat dan pengiring-pengiring baginda tersebut dibawa ke Negeri Aceh. Bagaimanapun, dengan usaha dan keberanian seorang Bendahara bernama Megat Abdullah, Puteri Limau Purut dapat diselamat dan dibawakan balik di Negeri Perak lalu dikahwinkan dengan tunangnya, Raja Mansur.

Terdapat pula cerita yang menyatakan bahawa Raja Mansur juga ditawan dan dibawa ke Negeri Aceh bersama-sama dengan kerabat-kerabat Sultan Mukaddam Shah. Akan tetapi Raja Mansur dapat melepaskan diri lalu melarikan ke Negeri Johor. Di Johor, beliau berkahwin dengan seorang puteri diraja Jambi, dan pada tahun 1619 beliau pulang ke Negeri Perak berkahwin dengan Puteri Limau Purut serta menaiki takhta kerajaan Negeri Perak.[1]

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Mukaddam Shah mangkat di Aceh pada 1619,[2] dan baginda mendapat gelaran Marhum di Aceh.

Didahului oleh
Sultan Alauddin Shah
Sultan Perak
1603-1619
Diikuti oleh:
Sultan Mansur Shah II
  1. ^ "Sultan Mukaddam Shah". Portal Raja Kita - Perak. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-25. Dicapai pada Julai 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Christopher Buyers (2008). "PERAK2 - The Malacca Dynasty". The Royal Ark. Dicapai pada Julai 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)