Sultan Mudzaffar Shah II (Perak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Muzaffar Shah II, Perak)

Sultan Mudzaffar Shah II ibni Almarhum Raja Mahmud adalah Sultan Perak ke-10, memerintah dari 1636 hingga 1653. [1]

Asalnya bernama Raja Sulong, baginda adalah putera Raja Mahmud ibni Raja Umar @ Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dari Johor dan Tun Kechil, anak Tun Isap Misai, Bendahara Seri Maharaja Johor.[2]

Selepas kemangkatan Sultan Sallehuddin Shah, Raja Sulong dilantik oleh Sultan Kerajaaan Aceh Darussalam Sultan Iskandar Thani sebagai Sultan Perak. Ketika itu Negeri Perak berada dalam penaklukan Kerajaan Aceh.

Selepas kemangkatannya, baginda digantikan oleh putera sulungnya Raja Mahmud.

Didahului oleh
Sultan Sallehuddin Shah
Sultan Perak
1636-1653
Diikuti oleh:
Sultan Mahmud Iskandar Shah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Makam 3 Muzaffar". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2008. Dicapai pada 6 Disember 2010.
  2. ^ "Sultan Mudzaffar Shah II". Sultan-Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. 2005. Dicapai pada 12 December 2008.