Sultan Omar Ali Saifuddien I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Omar Ali Saifuddin I
I عمر علي سيف الدين
 Brunei
Pemerintahan 1740 - 1795
Pendahulu Husin Kamaluddin
Pengganti Muhammad Tajuddin
Pasangan Pengiran Anak Puteri
Pengiran Anak Nur Alam
Pengiran Isteri Bungsu
Wan Puteh
Anakanda
Muhammad Tajuddin
Pengiran Ayah
Pengiran Anak Abdul Wahab
Pengiran Anak Sulaiman
Pengiran Anak Usuf
Nama penuh
Omar Ali Saifuddin I ibni Muhammad Alauddin
Ayahanda Muhammad Alauddin
Bonda Pengiran Babu Seri Banum
Keputeraan sebelum 1730
Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Kemangkatan 10 Julai 1795
Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Dimakamkan Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Omar Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad Alauddin merupakan Sultan Brunei ke-17 dari tahun 1740 hingga 1795.

Baginda diputerakan sebelum sekitar tahun 1730. Baginda merupakan putera kedua kepada Sultan Muhammad Alauddin dan Pengiran Babu Seri Banum.

Baginda menaiki takhta untuk menggantikan Sultan Husin Kamaluddin (Marhum di Luba) yang telah mangkat pada tahun 1740.

Pada tahun 1769, baginda menitahkan angkatan Brunei diketuai oleh Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Awang Aminuddin menyerang Manila dan berjaya menduduki Manila. Pada tahun 1775, baginda menitahkan Pengiran Temenggong Pengiran Ampa mengeluari angkatan Sulu diketuai oleh Datu Teting yang hendak melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya.

Pada tahun 1780, baginda menyerahkan kuasa kerajaan kepada anak sulung baginda, Sultan Muhammad Tajuddin. Selepas penyerahan kuasa kerajaan, baginda dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Besar, dan memakai gelaran tersebut sehingga baginda mangkat. Namun baginda masih Sultan dan Yang Di-Pertuan.

Sepanjang hidup baginda, baginda telah mendirikan rumah tangga dengan empat orang isteri. Mereka adalah:

  • Pengiran Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin.
  • Pengiran Anak Nur Alam binti Sultan Husin Kamaluddin.
  • Pengiran Isteri Bungsu binti Sultan Husin Kamaluddin.
  • Wan Puteh.

Hasil perkhawinan baginda dengan isteri-isteri baginda, baginda dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Antaranya:

  • Sultan Muhammad Tajuddin.
  • Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Ayah.
  • Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar Pengiran Anak Abdul Wahab.
  • Pengiran Kasuma Negara Pengiran Anak Sulaiman.
  • Pengiran Anak Usuf.

Baginda mangkat pada 10 Julai 1795, dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei. Selepas kemangkatan baginda, baginda dikenali sebagai Marhum di Makam Besar. Baginda digantikan oleh Sultan Muhammad Tajuddin.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
17401795
Penyandang Kemudian
Husin Kamaluddin Muhammad Tajuddin