Qaboos bin Said Al Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Qaboos)
Qaboos bin Said Al Said
Qaboos tersenyum
Sultan Oman dalam pakaian tradisional, 2010
Sultan Oman
Pemerintahan23 Julai 1970 – 10 Januari 2020
Didahului olehSaid bin Taimur
Diikuti olehHaitham bin Tariq Al Said
Keputeraan(1940-11-18)18 November 1940
Salalah, Muscat dan Oman
Kemangkatan10 Januari 2020(2020-01-10) (umur 79)
Oman
PasanganSayyida Kamila (k. 1976; c. 1979)
KerabatAl Bu Sa‘id
AyahandaSaid bin Taimur
BondaMazoon al-Mashani
AgamaIbadi Islam

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sayyed Qaboos bin Sa’id Al ‘Bu Sa’id (Arab: قابوس بن سعيد آل سعيد, IPA: [qaː.buːs bin sa.ʕiːd ʔaːl sa.ʕiːd], ditransliterasikan sebagai Qābūs bin Sa’īd Āl Bu Sa’īd; 18 November 1940[1] – 10 Januari 2020) merupakan mantan Sultan Oman sejak tahun 1970 sehingga kematian baginda pada tahun 2020. Baginda mendapat kuasa setelah menggulingkan ayahandanya sendiri, Sa’id ibn Taimur, pada tahun 1970.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Masalah pertama yang langsung dihadapi Sultan Qaboos ialah pemberontakan bersenjata dari kaum Komunis di Yaman Selatan, iaitu Pemberontakan Dhofar. Baginda bagaimanapun berjaya mengalahkan serangan tersebut atas bantuan beberapa negara.

Sultan Qaboos mengamalkan monarki mutlak. Namun dalam beberapa tahun terakhir, Oman telah mengambil kebijakan ke arah demokrasi. Pemilihan parlimen secara bebas dan adil telah menghadirkan calon dan suara perempuan. Atas dukungan tersebut, Sultan kemudian bersumpah untuk turut serta dalam pemerintahan. Banyak keputusan yang diambil di dalam negeri dilaksanakan melalui persetujuan dengan pemerintahan persekutuan, wilayah, tempatan dan wakil-wakil suku.

Tahun 1992 (1412H), Sultan Qaboos memerintahkan pembangunan masjid di wilayah Bausher di muhafazah Muscat. Ketika Sultan naik tahta pada 1970, baginda telah mendirikan sebuah masjid sederhana di Muscat, namun pada 1992, baginda titah berkenan hendakkan dibuatkan rancangan untuk masjid terbesar di dunia. Masjid tersebut dibuat berdasarkan seni dan seni bina Islam yang terbaik yang bukan hanya dari satu negara atau satu tradisi Islam saja. Ciri khas gaya pemerintahan Sultan Qaboos, Masjid Agung ini mahupun 2000 masjid lainnya dibangun dengan dana peribadi Sultan. Pada 5 Mei 2001, setelah enam tahun dalam pembinaan, Sultan Qaboos akhirnya bersolat di masjid negara Oman ini.

Gering dan Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2015, Sultan Qaboos telah mengalami penyakit kanser usus dan masih menerima rawatan sejak itu.[2][3] Pada 14 Disember 2019, baginda dilaporkan telah dalam tahap terakhir kanser dengan masa yang singkat untuk menjalani kehidupan selepas menjalani rawatan perubatan di UZ Leuven dan pulang ke tanah air kerana baginda mahu mangkat di negaranya sendiri.[4] Pada 31 Disember 2019, Mahkamah Diraja mengumumkan bahawa Qaboos berada dalam keadaan stabil;[5] walaubagaimanapun, baginda mangkat pada 10 Januari 2020 pada usia 79. Pada hari berikutnya, kerajaan mengisytiharkan tiga hari cuti negara untuk berkabung dan mengibar bendera negara pada setengah ketinggian untuk tempoh 40 hari.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Al Sa'id, Qaboos (1940–) – Personal history, Biographical highlights, Personal chronology, Influences and contributions, The world's perspective, Legacy Diarkibkan 24 Mac 2016 di Wayback Machine. Encyclopedia.jrank.org. Dicapai pada 14 Julai 2011.
  2. ^ "The sultanate of Oman is taking a kicking". The Economist. 8 Julai 2017. Dicapai pada 8 Julai 2017.
  3. ^ editor, Patrick Wintour Diplomatic (2019-12-22). "Oman readies baroque succession process as sultan's health worsens". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2019-12-26.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  4. ^ "Sultan wou terug naar zijn land om te sterven, maar groot deel van zijn gevolg blijft in Leuven". www.nieuwsblad.be.
  5. ^ WAM. "Oman's Sultan Qaboos in stable condition". Khaleej Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Januari 2020.
  6. ^ "Sultan Qaboos of Oman dies aged 79". BBC News. 11 Januari 2020. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  7. ^ "Oman's Sultan Qaboos dies: state media". Al Jazeera. 11 Januari 2020. Dicapai pada 10 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Qaboos bin Said Al Said
Tarikh keputeraan: 18 November 1940 Tarikh kemangkatan: 10 Januari 2020
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Said bin Taimur
Sultan Oman
1970–2020
Diikuti oleh:
Haitham bin Tariq Al Said